Zubir Gosip Ummi Nazeera Pernah Berkahwin Dengan Aeril Zafril |
Zubir Gosip Ummi Nazeera Pernah Berkahwin Dengan Aeril Zafril | Siapa yang tak kenal dengan wartawan Zubir dari akhbar berita harian kan...Kalau nak tahu tentang cerita gosip artis yang panas dan hangat, belilah akhbar Berita Harian edisi mingguan kerana ruangan Bipop yang dikendalikan Zubir memang penuh dengan gosip hiburan.
Terkini, menerusi ruangan pojoknya itu, Zubir telah menulis mengenai khabar angin yang didengarnya mengenai Ummi Nazeera yang kononnya teleh berkahwin dengan Aeril Zafril.
Menurut Zubir, khabar angin yang telah didengarnya ialah Aeril mula berkenalan dengan Ummi di set penggambaran filem Penanggal yang diarahkan oleh Ellie Suriaty.
Menurut sumber Zubir, ketika Aeril mendekati Ummi dia mendakwa hanya teman rapat Wawa Zainal, bukannya kekasih sedangkan pada masa itu Aeril mendakwa sudah bernikah sacara syarak (tanpa dokumen) dengan Wawa. pada Februari 2012 dan bernikah secara sah mengikut undang-undang pada Februari 2013.
Menurut Zubir lagi, hubungan mereka dikatakan rapat sejak Ummi masih melanjutkan pengajian di Australia. Mereka sering berhubung melalui media sosial malah Ummi juga menukar imej kepada pemakaian muslimah kerana mengahwini Aeril dan menyesuaikan diri dengan imej pelakon tersebut.
Zubir turut mempersoalkan sikap Aeril (sekiranya gosip itu benar) yang masih menjalin hubungan intim dengan wanita lain walaupun sudah memperisterikan Wawa. Malah Ummi dikatakan turut merasa kecewa apabila mengetahui Wawa ialah isteri Aeril.
Namun semalam juga, Ummi melalui Twitternya menafikan pernah berkahwin malah menyatakan yang dia tidak pernah berjumpa dengan Aeril.
Aeril juga menerusi laman Instagramnya memuatnaik satu textgram yang seakan ditujukan kepada wartawan tersebut.
11 comments