Shanie Hisyam Umum Tarikh Nikah - Seperti yang kita sedia maklum, Syanie telah pun mengikat tali pertunangan dengan seorang jejaka yang lebih muda darinya, Nadi Putera di sebuah majlis yang ringkas di Putrajaya yang hanya dihadiri keluarga terdekat.
“Selama 11 tahun bercerai bukan tidak pernah berkenalan dengan lelaki lain tapi apa boleh buat, bukan jodoh. Saya akui, tujuh tahun lalu pernah berkawan rapat dengan Putera tapi ketika itu dia terlalu muda.
“Tidak sangka pula kami boleh bertemu kembali dan memutuskan untuk berkahwin dalam masa yang singkat,” ujarnya yang ditemui pada majlis pelancaran Masterchef Malaysia All Stars di Berjaya Times Square, Kuala Lumpur baru-baru ini.
Selepas 11 tahun memegang gelaran janda, Syanie melihat institusi perkahwinan dalam radius yang lebih berbeza daripada sebelum ini.
“Sudah tentu saya rasa sangat takut untuk kembali mendirikan rumah tangga selepas 11 tahun tapi saya enggan membazirkan masa lagi.
“Keluarga kedua-dua belah pihak pun sudah kenal antara satu sama lain dan saya belajar satu perkara daripada kegagalan lepas iaitu komunikasi,” tambah Syanie.
Syanie akan berkahwin dengan Nadi Putera pada 1 Mac 2013 iaitu pada tahun hadapan. Kita doakan yang terbaik buat Syanie dan pasangannya semoga apa yang dirancang, akan berjalan dengan lancar.
gambar shanie dan tunangnya
shanie dan tunang
Syanie bakal berkahwin
syanie kahwin tahun depan
Syanie Umum Tarikh Nikah
11 comments