RON97 Turun 10 sen Kepada RM2.75 Seliter Mulai 14Nov13


Harga minyak RON97 telah dikurangkan secara diam-diam sebanyak 10 sen berkuatkuasa bermula hari ini. Pengurangan ini menjadikan harga bahan bakar premium itu kepada RM2.75 seliter.

Penurunan harga ini berlaku selepas baru sahaja pertukaran harga dua bulan yang lalu, yang mana harga minyak tersebut dinaikkan sebanyak 15 sen dari harga sebelumnya, RM2.70 untuk setiap liter.

RON95 masih kekal pada harga RM2.10 seliter juga bagi diesel, kekal pada RM2.00 per liter. Tidak seperti RON95 dan diesel, penetapan harga RON97 menerima subsidi paling sedikit dan ditentukan dari apungan terurus berdasarkan kuasa pasaran, dan ini bermakna harga akan selalu berubah berbanding RON95 dan diesel.

Sumber


11 comments