Remaja Berusia 13 Tahun Dicerai Talak Tiga
Remaja Berusia 13 Tahun Dicerai Talak Tiga - Kulim: Rumah tangga yang dibina remaja perempuan 13 tahun dengan suaminya berusia 19 tahun musnah, seminggu sebelum ulang tahun pertama perkahwinan mereka.
Nor Fazira berusia 12 tahun ketika dinikahkan dengan pasangannya, Mohd Fahmi yang ketika itu berusia 20 tahun.
Bapa Nor Fazira, Saad Mustafa, 43, berkata, beliau menerima kenyataan berkenaan walaupun pahit dan menganggap bukan jodoh anaknya untuk kekal di alam perkahwinan.
Saad turut memberitahu bahawa dia tidak mengetahui punca sebenar keretakan rumah tangga anaknya itu kerana Nor Fazira tidak banyak bercakap mengenai nasib yang menimpa dirinya. Buat masa ini, Nor Fazira tinggal bersama bapa saudaranya di Padang Serai supaya jiwanya kembali tenang.
Keratan akhbar BH mengenai pernikahan pasangan remaja pada 22 November tahun lepas. Pasangan, Nor Fazira Saad dan Mohd Fahmi Alias, yang bernikah pada 17 November 2012 dengan hantaran RM4,552 dan mas kahwin RM1,500 susulan kebenaran Mahkamah Rendah Syariah Kulim, disahkan bercerai pada 11 November lalu.
Di Malaysia, undang-undang umur minimum perkahwinan adalah 18 tahun, tetapi 16 tahun untuk anak gadis Muslim dan mereka yang berusia di bawah 16 tahun boleh berkahwin dengan keizinan Mahkamah Syariah.
Sumber HMetro
18 comments