Assalamualaikum
Berbalik kepada sambungan pengalaman naik gunung kinabalu dan ini ialah sambungan cerita uzu dari part #1... dan Part #2 ..serta Part #3
Hari terakhir pendakian...
Memandangkan cuaca dari start kami daki pun tak elok, semua pendaki pada hari tersebut dilarang mendaki sama sekali kerana cuaca tak mengizinkan. Guide kata, dah sebulan lebih, tiada siapa yang dapat mendaki sampai ke puncak disebabkan cuaca yang teruk.
So, kami semua pun bangun lambat. Kalau ikutkan, kena bangun jam 2 pagi. Kami bangun seawal jam 7:30 dan bersiap-siap untuk ke Restoran. Kami makan dengan riangnya sebab makan semua sedap2 ^^ .
Bila semua dah siap, kami pun turun,. Buka pintu... Subhanallah .. Cantik pemandangan di situ. Baru nampak dengan jelas dan mata sendiri. Tapi sejuk tu confirm2 lah. Hehe . Tak sangka apa yang kami daki ni, paling tinggi di Asia Tenggara. Bangga sekejap. Hehe. Walaupun hanya mendaki sehingga 80% sahaja, tapi memang dekat dan jelas gunung kat atas tu.
Makan..makan..makan..
Jam 10 :30 pagi kami pun bergerak turun. Alhamdulillah sepanjang turun ke bawah tiada hujan. Mungkin Allah mendengar doa dan permudahkan jalan bagi kami. Alhamdulillah. Dan masa nak turun tu lah sebenarnya menguji ketahanan otot kami. Lebih suka daki berbanding turun. Sakit kaki menahan berat berkilo2. Bayangkan sampai sekarang ini, kuku kaki uzu still ada darah beku di kuku ibu jari kanan dan kiri. Belum hilang lagi sampai sekarang :(
Dengan berkat kesabaran, turun, rehat turun, rehat , turun, rehat , turun, rehat dan turunnnn selama beberapa jam, kami pun selamat sampai ke Timpohon. Tempat mula-mula mendaki. Fuh lega. Kena sign kat buku pendaki yang keluar masuk. Wajib untuk keselamatan :)
Kira-kira jam 2 petang kami sampai =) Fuh. Kami hanya dapat sijil hitam putih yang berharga RM1 sahaja . Hahahaa. Sijil berwarna dan berharga RM10 hanya untuk pendaki yang sampai ke puncak sahaja. OK fine. Semua sedih. Tapi redha.
Macam ni lah kisah pengalaman mendaki gunung kinabalu uzu dan team yang lain. Banyak benda lagi nak cerita tapi nnt ada yang bosan nak baca. Hehe. Pengalaman ni tak kan uzu lupa sampai bila2. Bukan semua orang dapat merasai dan setiap dugaan berlainan yang rasa. Alhamdulillah diberi pengalaman untuk melihat ciptaan Allah. Subhanallah. Sampai sini sahaja untuk kali ni. Salam :)
13 comments