Pengalaman Mendaki Gunung Kinabalu Part #3

Assalamualaikum

Berbalik kepada sambungan pengalaman naik gunung kinabalu dan ini ialah sambungan cerita uzu dari part #1...  dan Part #2 ..

.....Tiba..tiba.. 

Keadaan cemas berlaku kat kakak sepupu uzu... uzu panic ! husband dia panic ! Guide pun panic !! Kakak sepupu uzu terkena penyakit kesejukan. Badan mengigil habis. Baju basah kuyup. Tambah dengan suhu yang agak sejuk -3 darjah celcius. Kak spupu uzu tu sesak nafas . Risau juga uzu tengok keadaan dia. Guide pun pakaikan stokin dan sarung tangan yang tebal. Kesian tengok. Sampai nangis-II kakak spupu uzu. Keadaan dia macam nak pengsan tapi guide kata, takleh biar dia pengsan. Nasib baik ada salah seorang pendaki ialah doktor dari Australia. Dia banyak membantu. Alhamdulillah. And kak sepupu uzu kena bawa kat bilik guide. Sebelah ja dengan Laban Rata.  Actually, ada kes orang meninggal sebab sesak nafas. Tu yang buat uzu risau. *sigh*

After that.... huhhhhhhhhhhh menyeluh panjang..
Hostel kena didaki lagi 150m dari laban rata. Uzu terpaksa naik juga. Hujan macam tak nak berhenti.. Kena daki dalam keadaan gelap+hujan lebat+suhu -3 :(  Baru beberapa langkah, dah tak larat. Dah haus. Serius ! cepat sangat haus. Padahal baru beberapa langkah. Uzu takuttt sangat . Sebab takda tempat berlindung . Pokok xda ketika itu. 


Selepas merempuh dugaan. Sampai juga ke hostel ...


Dalam bilik , ada 2 katil double . So dalam bilik tu ada 4 orang . Elektrik ada. Jangan risau. Hehe. Best nya tengok katil yang empuk. Tapi.... rupa-rupanya tilam , bantal, selimut semua sejuk ! Haihhh dah la orang sejuk basah kuyup, nak berselimut tapi sejuk juga . Agak-agak boleh tak tidur dalam keadaan macam tu? Ramai agaknya yang tak boleh tidur sebab semua kesejukan.

Uzu pun pejam celik pusing kanan pusing kiri, hampir 2 jam juga baru boleh tidur dengan lena. Itu pun disebabkan ada sleeping bag. Kalau tak... rasanya tak boleh tidur, So kemungkinan secara x langsung 2 malam uzu tak tidur. Kan bahaya. So, terpaksa juga menidurkan diri juga..

Seterusnya, semua pendaki kena bangun pada jam 2 pagi untuk meneruskan pendakian ke puncak kinabalu... Agak-agak kami semua sampai tak ke puncak? Hehe.hehe Ok akan uzu update part #4 nanti ye :) Tunggu..k  bye. Salam


12 comments