Jehan Miskin & Isteri Dikecam Peminat Memakai Rantai Seakan Salip
Isu artis memakai rantai berbentuk salib memang berlaku di mana-mana. Sebelum ini, pelakon dan penyanyi berbibir seksi, Kilafairy pernah dikritik peminat kerana memuatnaik sekeping gambar dirinya sedang memakai loket berunsurkan lambang salib.
Terbaru, giliran Jehan Miskin pula dikritik peminat di laman Instagram kerana memuatnaik sekeping gambar dia dan isterinya sedang memakai sepasang rantai yang menyerupai bentuk salib. Gambar tersebut disertakan caption yang berbunyi "J&J. Thank you Thomas Sabo for the gorgeous jewelry #rebelatheart".
Sebahagian komen-komen yang ditinggalkan peminat meminta pelakon kacak itu berhati-hati dalam soal pemilihan aksesori kerana dikhuatiri akan mempengaruhi pemikirannya sebagai orang Islam.
Sebagai menjawab kepada kritikan peminat tanpa usul periksa, Jehan menerangkan bahawa loket yang dipakainya bukanlah simbol salib, malah simbol tersebut lebih dikenali sebagai fleur-de-lis ataupun paling mudah ianya boleh dilihat sebagai simbol pasukan pengakap. Buat peminat sekalian, jangan cepat melatah tanpa usul periksa....
Sumber : plbgaimacam.blogspot.com
10 comments