Adam Corrie Ditikam Dari Belakang Oleh Pelakon Terkenal


Adam Corrie adalah antara pelakon yang sangat berbakat terutama dalam filen genre aksi. Adam Corrie juga memegang watak dalam KL Gangster 2 yang akan muncul bulan depan. Namun hari ini Gila Siot berasa sedih dengan Adam Corrie yang sering dilanda masalah. Dulu beliau dicaci & dikritik kerana masuk Islam dan baru-baru ini seorang pelakon terkenal menikamnya dari belakang dengan menyebarkan kata-kata buruk yang tidak benar tentang Adam Corrie. 

Berikut adalah luahan hati Adam Corrie kepada mStar online baru-baru ini:-

“Saya benar-benar kecewa dan sedih. Kenapakah pelakon itu sanggup berbuat demikian kepada saya? Apa salah saya? Dia lebih hebat daripada saya kerana telah menang anugerah. Kenapa hendak dengki dan busuk hati dengan saya?”

Lebih menyedihkan pelakon itu sanggup kata ‘kenapa nak ambil Cina ni (berlakon)’ bila dia nampak nama saya. Saya memang sedih.”

“Apabila jumpa saya, dia selalu tepuk bahu saya dan berborak macam biasa. Tapi apabila di belakang saya dia cuba buat perkara yang tak elok. Mungkin dia cemburukan saya.”

Beginikah sikap rakyat Malaysia yang kononnya 1Malaysia? Bagaimana industri hiburan Malaysia nak maju kalau ada makluk-makluk yang bersifat taik macam ini wujud di dunia? Makluk sebegini rupa memang tidak senang melihat bangsa-bangsa lain lebih tinggi dari mereka yang mereka tahu bangsa lain tidak boleh diberikan peluang kerana takut kerajaan jatuh ke tangan mereka. Bodoh Gila Siot! 

9 comments