Budak 3 Tahun Mati Lemas, Ibu Tak Perasan Anak 5 Jam dalam Kereta
Ujian ALLAH datang dalam pelbagai bentuk. Kadang-kadang ada perkara yang berlaku sememangnya tidak dapat diterima akal manusia biasa. Dan kita akan berkata. "Cuainya Dia". Tapi itulah yang di katakan tadir dan penyebab terjadinya sesuatu.
Inilah yang berlaku kepada seorang ibu kepada anak bongsu daripada dua beradik, Nawal Iris Samsudin, 3, yang mati akibat lemas selepas ditinggalkan selama enam jam di dalam kereta Perodua Myvi miliknya bermula pukul 11.30 pagi hari Khamis.
Mayat kanak-kanak malang tersebut hanya ditemui oleh ibunya, Nor Zatusy Hazwa Abdul Rahim, 32, selepas selesai mengajar sesi petang di sebuah sekolah menengah di USJ4, pada pukul 5.30 petang. Ketika ditemui, muka Nawal kebiru-biruan dan bajunya dibasahi peluh selepas lemas akibat ditinggalkan secara tidak sengaja di dalam kereta jenis Perodua Myvi yang diletakkan di bawah panas terik.
p/s: Difahamkan, puan Nor Zatusy tidak sedikit pun meyedari anaknya berada di tempat duduk belakang kereta miliknya, sehinggalah kejadian berlaku. Mungkin ada yang akan berkata "Camna boleh tak perasan". Tapi itulah yang terjadi dan ini yang dinamakan takdirkan. Semoga beliau tabah dengan ujian ALLAH.
9 comments