Takziah ! Ayah Penyanyi Waheeda Meninggal Dunia



Bapa kepada penyanyi dan pelakon, Waheeda, iaitu Abdul Wahab Hj Yusuf diberitakan telah meninggal dunia pada jam 4.20 petang tadi. Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di Hospital Selayang, Selangor. 

Menurut Waheeda ketika dihubungi memberitahu, semua ahli keluarga termasuk dirinya ada bersama di saat-saat terakhir hayat bapanya. Mereka sekeluarga membaca talkin kira-kira 1 jam, sebelum arwah meninggal dunia. 

"Alhamdullilah, arwah pergi dengan tenang. Semua adik beradik, isteri, keluarga kami ada di sisi arwah. Kami membacakan talkin dalam 1 jam sebelum beliau menghembuskan nafas terakhir. Ayah saya sudah sakit sejak bertahun-tahun. Tapi sejak Disember tahun lalu, keadaannya bertambah teruk. Arwah mengidap kanser hati dan Hipetitis B.

"Setiap hari kami sekeluarga temankan beliau di hospital. Ayah anak sulung dari lapan adik beradik. Kami redha dengan pemergiannya. Allah bagi peluang kami semua menjaganya selama ini. Dan Alhamdulillah sepanjang hayatnya, doktor dan jururawat di hospital juga banyak membantu", kata penyanyi yang pernah popular menerusi lagu Wassini itu.

6 comments