Penyanyi terkenal Datuk Siti Nurhaliza menyimpan hasrat untuk mengambil dua orang anak angkat dari Gaza.
“Jika diberi kebenaran untuk saya mengambil anak angkat tersebut, saya tidak keberatan untuk menjaganya,tetapi semuanya saya perlu bincang juga dengan suami terlebih dahulu,” jelas Siti ketika ditemui selepas majlis amal dan minum petang ‘Pembangunan Semula Gaza’.
Menurut beliau lagi, keinginan untuk ke wilayah Gaza di Palestin bagi melihat sendiri keadaan negara itu juga sedang dalam perbincangan bersama suami. Hasratnya itu sudah lama diimpikan selepas tersentuh melihat masyarakat Palestin terutama kanak-kanak yang hidup menderita dan berharap impiannya itu tertunai dengan segera.
6 comments