Dirotan Guru Sampat Tangan & Badan Cedera Gara-Gara Lewat


Dirotan guru sekolah di bahagian tangan dan badannya sehingga cedera gara-gara lewat hadir ke sekolah. Sehubungan itu, ibu bapa seorang pelajar tahun enam melahirkan rasa tidak puas hati dengan tindakan pihak sekolah yang menyifatkan hukuman itu tidak setimpal dengan kesalahan dilakukan.

Kejadian berlaku Selasa lalu apabila Muhammad Aiman Haziq lewat kira-kira 15 minit memasuki kelas Sekolah Agama sesi petang. Dia kemudian dipanggil ke Pejabat Guru Besar bersama beberapa pelajar lain yang turut lewat. Mereka terus dirotan di bahagian tangan.

Namun Muhammad Aiman turut dirotan di bahagian bahu sebanyak dua kali. Akibatnya bahagian berkenaan luka kecil dan lebam. Anaknya yang dibawa ke sebuah klinik untuk rawatan kemudian diminta merujuk kes anaknya ke Hospital Selayang. Laporan polis turut dibuat di Pondok Polis Hospital Selayang pada hari sama. Pihak Jabatan Agama Islam Selangor, Jais turut dimaklumkan mengenai kejadian berkenaan. Boleh tengok video di buletin tV3 --> TEKAN

5 comments