Wanita 31 Tahun Bunuh Diri Kerana Panggilan Hangit Oleh Stesen Radio


Wanita 31 Tahun Bunuh Diri Kerana Panggilan Hangit Oleh Stesen Radio | Seorang jururawat telah dipercayai bunuh diri selepas ditipu dua orang juruhebah stesen radio dengan panggilan palsu yang memberi maklumat mengenai kehamilan Kate Middleton di Hospital King Edward VII.

Wanita 31 Tahun Bunuh Diri Kerana Panggilan Hangit Oleh Stesen Radio

Wanita yang dikenali dengan nama Jacintha Saldanha yang sudah berkhidmat di hospital itu sejak empat tahun lalu ditemui mati di kediamannya berhampiran hospital tersebut.

“Polis menerima laporan mengenai seorang wanita yang ditemui tidak sedarkan diri di rumahnya di Weymouth Street, jam 9.35 pagi waktu tempatan.

“Ambulans dihantar ke lokasi, malangnya wanita itu disahkan sudah meninggal dunia. Kami tidak mengesyaki sesuatu yang mencurigakan,” kata jurucakap polis Scotland Yard.

Dua deejay stesen radio, Michael Christian dan Mel Greig telah menghubungi hospital itu sekitar jam 5.

30 pagi Selasa lalu.
Greig yang menyamar sebagai Ratu Elizabeth telah meminta untuk bercakap dengan cucunya dan berjaya memujuk Saldana menyambung talian ke wad Kate menerima rawatan.

Panggilan palsu itu memalukan hospital berkenaan yang sering menjadi pilihan keluarga diraja. Greig dan Christian menerima kecaman hebat di Twitter dan pelbagai pihak mahukan mereka meletak jawatan dengan kadar segera.

- See more at: http://katakcomel.my/wanita-31-tahun-bunuh-diri-kerana-panggilan-hangit-oleh-stesen-radio/#sthash.H1OjW5zA.dpuf

3 comments