Ngeri ! Wajah Wanita Cantik Ini Hancur Diseksa Oleh Suami
Kecemburuan dalam sebuah hubungan seringkali dikaitkan dengan rasa sayang. Namun, ternyata tidak begitu yang dirasakan oleh Carmen Blandin Tarleton yang dengan bangga mempamerkan wajah barunya.
Wanita berusia 44 tahun ini terpaksa mendapatkan 'wajah baru' akibat perlakuan suaminya.
Dikutip dari Asia One, Sabtu (4/5/2013) Carmen menerima pemindahan wajah pada bulan Februari tahun ini.Pada tahun 2007, Carmen diserang dengan kejam oleh suaminya, Herbert Rodgers yang menuangkan cecair industri alkali ke wajahnya. Kerana percaya bahawa Carmen sedang bercinta lelaki lain, Rodgers marah dan pergi ke rumah mereka mencari lelaki tersebut.
Namun, suaminya hanya mendapatkan Carmen saat itu dan akhirnya mengarahkan marahnya pada Carmen. Saat itu suaminya sempat memukul dia dengan tongkat dan kemudian menuangkan larutan alkali dari botol ke wajahnya.
11 comments