As-Salam
Ingat senang jadi blogger?
Korang fikir blogger tu senang sebab hanya update entry-->publish-->update entry-->publish. Korang fikir blogger tu just merepek mereban je kan? Korang fikir blogger tu takde kehidupan?Korang fikir blogger tu takde masa depan? Korang fikir blogger tu hanya buang duit je nak bayar duit wifi? Korang fikir blogger tu .... hanya buang masa?
"nak jadi blogger? alah senang je. Sign up je blog, jadi lah blogger"
Dalam dunia blog ni, ada 2 tujuan :
1. Suka-suka je nak ada blog
2. Blog sebagai sumber pendapatan dan tempat perkongsian
Kalau nak jadi blogger yang senang, jadi lah blogger yang suka-suka je nak ada blog. Yang tulis blog luahkan pasal cinta, putus cinta, kecewa dan sewaktu dengannya.
Tapi kalau nak tau blog ni bila kita serius dan jadi blog part time/full time, boleh buat duit selain daripada berkongsi pendapat, info , isu semasa , tips dan tutorial.
Nak menaikkan sesebuah blog pun tak semudah yang kita fikir. Mula-mula berblog Ya Allah Ya Tuhan ku nak dapatkan follower pun susah. Kena berblogwalking pada mulanya , I follow u, u follow me back , macam tu lah hidup mula-mula berblog. Follower baru 100 follower dah happy sampai buat entry. Itu lah kisah lawak dulu. Haha! Kalau uzu sendiri, ambik masa beberapa tahun baru ada follower macam ni.
Bila follower naik, follower dah beribu , mula lah ada yang panggil kita blogger retis . Newbie lah yang selalunya cakap macam tu. Kita pun kembang semangkuk sekejap. So..
Bila dah ramai orang kenal kita, mulahlah.....apa kita buat tak semestinya orang suka. Uzu dah berapa kali dapat chat-chat yang berbaur fitnah, kata uzu yang tu. kata uzu ni yang ni. Yang paling teruk tinggalkan message kat chatbox berbaur sex. Haaa sapa tak panik. Kat chat tu. Orang boleh baca. Entah sapa lah yang ter-baca. Takut orang fikir kita negatif. Tu lah kehidupannyaa...
"Seribu suka kita, beribu-ribu tak suka kita"
p/s : Bukan senang jadi blogger tau. Kalau nak jadi blogger kentalkan fizikal dan mental.
Kalau tak, tak payah jadi blogger.
kebaikkan berblog
keburukan berblog
motif berblog
tak senang jadi blogger
tujuan berblog
tujuan blog
38 comments