Mesej Terakhir Arwah Syahmie Frit Izzat, Mangsa Kemalangan Di Federal Highway



Berita kemalangan di Federal Highway awal pagi semalam sememangnya amat mengejutkan rakyat Malaysia. Kemalangan maut yang melibatkan 2 biji kereta dan 4 biji motosikal ini mengorbankan 5 orang mangsa. 3 berbangsa Melayu, 1 berbangsa Cina dan 1 berbangsa India. Satu kejadian yang amat menyayat hati dan sukar dilupakan rakyat Malaysia.

Kami ingin berkongsi status terakhir di Facebook salah seorang mangsa iaitu Syahmie Farid Izzat Samsuddin Shah, berusia 21 tahun. Di dalam kejadian ini berfaktakan laporan dari pihak polis, boleh dikatakan arwah Syahmi atau lebih dikenali sebagai Ejart berada pada masa yang tidak kena ketika itu (menjadi asbab kematiannya).

Ketika 3 remaja lain dilanggar oleh sebuah Honda City, 3 kematian telah berlaku iaitu 2 penunggang motosikal dan 1 pemandu Honda City yang tercampak ke luar dari kereta. Kemudiannya berhenti sebuah BMW untuk membantu mangsa yang tercampak di atas jalanraya serta bagi mengelakkan mangsa dilanggar oleh kenderaan lain.

Seorang lelaki berbangsa India meluru keluar dari kereta dan ketika ini arwah Ejart yang datang dari jauh tidak sempat untuk mengelak dan terus melanggar lelaki India tersebut. Kedua-dua’nya juga turut maut ditempat kejadian menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 5 kematian.

Apa yang memilukan apabila kami menerima banyak mesej melalui Facebook Oh! Media tentang Facebook milik arwah yang masih wujud sehingga artikel ini ditulis. Melihat antara status-status terakhir arwah Ejart benar-benar mengusik jiwa bagai mengenali Ejart dengan lebih dekat.





9 comments