KEJAM!! Bayi Kembar Maut Dalm Besen
Manado, Indoneia, Peristiwa kematian dua bayi kembar berusia 6 bulan Ralva dan Raldo , di Kelurahan Winangun,masih meninggalkan tanda tanya. Ibu dua bayi comel ini Nova Wurangian (43) masih tidak banyak bercakap. Matanya masih bengkak, petanda kehilangan yang amat dalam atas dua daripada bayi kembar tiga. '' Saya belum dapat menerima kehilangan dua anak saya,'' kata Nova.
Kejadian pelik yang menggegarkan warga setempat Winangun, lorong yang berhampiran dengan SPBU Winangun dikatakan sengaja dibunuh. Pelaku adalah orang terdekat si Ralva-Raldo (kembar) yang mati dalam kedudukan saling membelakangi di dalam besen berisi air. '' Kejadian ini masih di siasat. Apakah ada hubungan dengan orang terdekat atau bukan,'' kata Kasat Reskrim Polresta .
Pihak penyiasat masih menyiasat, kerana tidak satupun saksi yang melihat keadaan terkini si kembar. Ibu mangsa adalah pihak yang disyaki. Kerana yang mengetahui kedudukan terkini tiga kembar hanyalah Nova. '' Boleh jadi tidak ada orang lain di dalam rumah,'' kata sejumlah jirannya.
Sebelum ini Nova, di hadapan penyiasat Polresta Manado (edisi Minggu, Manado Post-red) sambil menggendong Raldy salah seorang di antara bayi kembar tiga ini menceritakan sebelum malapetaka berlaku dia tidak ada di rumah. Habis bermain dengan mereka, Nova baru sedar ,susu mereka bertiga sudah habis. Maklum Nova tak boleh memberikan air susu ibu kepada tiga anaknya sekaligus, di usianya yang sudah di atas 40 tahun.
'' Saya pergi mencari susu dan lampin setelah yakin ketiganya sudah tidur,'' Nova yang sibuk memberi lampin anak ketiganya. Sebelum keluar rumah, Nova mengaku ada dua orang yang mengaku ingin mencari pekerjaan.
Dia pun menyarankan cari tempat lain. Setelah berpesan kepada Timothi (12) sang sulung dan anaknya nombor dua Miracle (10), ibu si kembar ini meminta mereka menjaga bila tiga adik mereka menangis. '' Memang saya sudah sering meninggalkan bayinya, dan memang tidak terjadi apa-apa,'' ungkap Nova sambil membetulkan lampin Raldy.
Setelah yakin semuanya, Nova bergegas menuju Fresh Mart Winangun sekitar pukul 11.50. Kerana kehabisan susu di Fresh Mart ia pun memutuskan membeli di Multi Mart Wanea.
Ketika beratur untuk membayar, tiba-tiba adik saya di kampung menelefon. "Dia anak kembar saya mati. (Saudara saya telefon dan katakan anak kembar saya sudah meninggal), "ujar Nova sambil menangis. Mendengar khabar buruk tersebut, Nova bergegas pulang ke rumah dengan meninggalkan barisan dan sejumlah barangyang belum dibayar ..
Nova mengaku, setiba di rumah sudah banyak jiran tetangga. Dengan langkah laju dan wajah tegang, Nova menerobos di antara jiran yang ingin tahu. Dia bergegas menuju ke dalam tandas. Nova menjerit kerana melihat dua anak kembarnya sudah tenggelam di dalam besen dengan kedudukan saling melengkung dipisahkan gayung plastik warna biru.
Selain Nova, Manado Post mendapat maklumat dari Timothi dan Miracle. Keadaan di dalam rumah sepi. Mereka tak melihat sesiapun ada di sekitar rumah mereka. Mereka pun asik bermain di laman depan rumah.
"Selepas bermain beberapa kali, kami mendengar suara adik kami menangis," akuinya. Ketika berlari ke dalam rumah, pintu sudah dikunci. "Kami tidak boleh buka pintu sehingga meminta tolong om Alo," tambah mereka. Pintu depanpun berjaya dibuka dengan bantuan Om Alo yang tinggal di berdekatan rumah. "semasa melihat adik di bilik. Kami lihat yang menangis tinggal satu bayi, "lanjut keduanya.
Mereka cuba mencari dua adik kembar mereka di semua bilik namun tidak ditemui. "Setelah kami periksa di Toilet dengan om Alo. Tiba-tiba kami melihat ada dua boneka di dalam loyang hitam, "ujar Timothi. "Ternyata itu adalah adik kami, Ralva dan Raldo," . Ayah mangsa , Erik Tumelap (60) tidak berada di rumah ketika peristiwa terjadi.
12 comments