Ops Daulat Memburu Saki Baki Pencerobohan Bersenjata
LAHAD DATU: Operasi memburu saki-baki penceroboh bersenjata dari Selatan Filipina di Kampung Tanduo, Felda Sahabat 17, dekat sini diteruskan hari ini.
Keadaan di Lahad Datu dan Semporna masih terkawal.
Di kawasan Felda Sahabat, kawalan pasukan keselamatan negara di bawah Ops Daulat masih ketat dengan zon penampan dikuat kuasa di kawasan-kawasan sekitar 10 kilometer persegi dari Kampung Tanduo.
Keadaan masyarakat setempat di kawasan terbabit berjalan seperti biasa dengan penduduk keluar melaksanakan rutin harian mereka. Di bandar Lahad Datu, kira-kira 130 kilometer dari Kampung Tanduo, keadaan masih terkawal dan tenang.
Di SEMPORNA keadaan juga dilapor tenang dengan masyarakat meneruskan tugasan harian mereka serta premis perniagaan dibuka seperti biasa pada pagi ini.
Mengenai berita askar2 sulu sudah bersedia ke Sabah itu adalah berita palsu. KPN berkata, semua perairan negara laut & udara Sabah sudah dikawal ketat pihak berkuasa.
Semasa prosedur mopping pagi ini, beberapa mayat pemberontak dijumpai. KPN akan membuat kenyataan rasmi di TV 1 dari masa kesemasa.
4 comments