TAKZIAH : Seniman Kuswadinata Meninggal Dunia


Salam


Kenal tak dengan seniman Kuswadinata, 74 ?? Beliau dilaporkan meninggal dunia di Hospital Ampang akibat menghidap penyakit pendarahan usus kecil dan kanser kelenjar sejak beberapa tahun lalu.
Beliau meninggal kira-kira pukul 5.07 petang tadi dan akan dibawa ke rumahnya di Taman Rasmi Jaya, Ampang, Selangor.

Selain pendarahan usus, Kuswadinata atau nama sebenarnya Kuswadi Bujang turut mengalami penyakit prostat dan masalah buah pinggang yang teruk sehingga sukar untuk beliau buang air kecil secara normal.
Isterinya, Kamariah Mohd Said, 57, sebelum ini dipetik sebagai berkata, pada September lalu, Kuswadinata dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) akibat penyakit yang sama.

Luah isteri beliau, “Penyakit suami saya mungkin berpunca daripada kanser usus yang dihidapinya pada 2008 dan dia pernah menjalani pembedahan di HKL. Kemudian ia melarat pada buah pinggangnya dan doktor juga mendapati dia mengalami kanser darah yang menjadi punca kepada semua penyakit."

p/s : Takziah buat keluarga allahyarham dan semoga beliau ditempatkan ditempat-II orang yang beriman.

-Al-Fatihah-






9 comments