Nasihat Siti Nurhaliza Kepada Shila Amzah

Salam



Percintaan antara Shila Amzah dan Sharnaaz Ahmad kini terputus selepas 3 tahun menyulam kasih bersama.
Hubungan yang dikatakan secocok sama cantik sama padan tu mendapat tentangan ND Lala kerana seperti tidak menyetujui hubungan anaknya dengan Sharnaaz Ahmad.

Heboh dunia artis dengan kes ni sehingga kan mendapat perhatian media dan tidak ketinggalan mendapat perhatian Siti Nurhaliza. Ulasan Datuk Siti Nurhaliza tentang isu ini, dia cuba menasihati Shila Amzah supaya rasional dan tidak mengikut perasaan.

Shila perlu ambil kata-kata daripada Datuk Siti Nurhaliza sebagai semangat untuk just go on..

Memang Siti memahami situasi Shila dan ND Lala. Shila memerlukan suara dan haknya jugak. Sebenarnya tidak salah tetapi pada masa yang kita juga tidak boleh melupakan ibu bapa. Sebab Siti dulu pun melalui keadaan yang sukar. Macam Siti dulu, selagi ibu bapa tak restu, memang Siti takkan mendahulukan mereka. Kalau ada jodoh itu, buat macam mana pun, kalau Allah dah tulis dalam Luh Mahfuz, itulah jodoh kita.



p/s : Its ok Shila ramai lagi kumbang kat Malaysia ni. Bukan sekekor tau!



10 comments