Lisa Surihani Dapat Kejutan Sempena Anniversarry Daripada Yusry




Lisa Surihani terharu selepas terima kejutan yang tak disangkanya daripada suami tercinta, Yusry Halim yang mana menerima ucapan romantik melalui Radio ERA FM sempena ulang tahun pertama perkahwinan mereka 23 Januari lalu.

"Kisahnya, Yusry ingin membawa saya ke sebuah restoran sempena menyambut ulang tahun pertama kami namun ketika dalam perjalanan dia suruh saya membuka stesen radio Era.

"Ketika itu penyampai Adi Fashla sedang bertugas yang meminta pendengar untuk menghubunginya jika mahu membuat ucapan.

"Bagaimanapun saya benar-benar terkejut apabila selepas hebahan itu, suara Yusry pula yang ke udara sambil menuju ucapan istimewa kepada saya,"

Difahamkan rakaman ucapan itu dirakamkan terlebih dahulu. Kata Lisa, ketika itu dia tergamam dan terharu sambil menganggap ia adalah kejutan paling bernilai dalam hidupnya.

"Saya terharu sebab walaupun dia sibuk dengan urusan kerja namun dia masih ada masa untuk buat lagu untuk saya. Dia ada beritahu saya yang dia berasa bimbang kalau-kalau ada rakan-rakan yang terlibat dengan pembikinan lagu itu membocorkan perkara itu kepada saya," luah Lisa.


20 comments