Kanak-Kanak 4 Tahun Derita Kanser Mata



Muhammad Azim terlantar di hospital kerana menghidap kanser mata sejak 4 tahun lalu kerana berlaku pendarahan dan di hantar ke Hospitak Kuala Krai untuk rawatan lanjut,

“Sejak disahkan menghidap Retinoblastoma atau sejenis kanser mata kanak-kanak, sudah banyak kali anak saya menjalani pembedahan dan kimoterapi tetapi keadaannya tidak banyak berubah.

“Kami hantar dia ke HKK baru-baru ini untuk buang ulat dalam bonjol tetapi masa dibersihkan, ada pendarahan dan terpaksa dipindahkan ke HUSM Kubang Kerian sehingga hari ini,” katanya, semalam.

“Kami terpaksa bergilir-gilir kerja sebab nak jaga dia. Saya kerja seminggu, kemudian cuti untuk jaga anak di hospital dan suami pula kerja seminggu.

“Saya tak tahu sampai bila kami kena bergilir-gilir begini kerana kali terakhir anak saya masuk wad, ambil masa tiga bulan baru dibenarkan keluar sedangkan kami berdua hanya kerja kilang papan,” katanya.

Katanya, dengan pendapatan tidak menentu suami yang hanya dibayar gaji mengikut hari bekerja manakala pendapatannya pula sekitar RM500, keadaan itu amat membebankan mereka sekeluarga.

“Kami kena belanja tidak kurang RM150 seminggu sejak Muhammad Azim dimasukkan ke HUSM dan pada masa sama, ada dua lagi anak kami di rumah masih bersekolah dan perlu ditanggung,”  luah ibunya

7 comments