Azlyn Massiela Sendiri Mengaku Sudah Berkahwin – Fizz Fairuz
Nampaknya drama ‘owh aku tertunang isteri orang’ ni sudah hampir ke episod akhir, Menjawab kenyataan Azlyn Massiela yang mengatakan Fizz Faruz berbohong semalam, Fizz Fairuz hari ini tampil melalui berita harian menegaskan yang bekas tunangnya itu sendiri pernah mengaku padanya yang dia sudah berkahwin melalui satu pangilan telefon..
Menurut Fizz Fairuz, selepas beliau pergi berjumpa dengan suami Azlyn Massiela, Ramli (bukan nama sebenar), dia telah menelefon Azlyn Massiela bagi mendapatkan kepastian.. Azlyn Massiela yang terkejut kerana rahsianya terbongkar mengakui yang dia sudahpun berkahwin dengan lelaki tersebut..
“Selepas bertemu lelaki itu (Ramli), saya bercakap dengan Azlyn. Saya tidak marah, walaupun hati saya kecewa. Azlyn seperti terkejut apabila rahsianya itu telah terbongkar. Azlyn mengakui berkahwin dengan lelaki itu, tetapi caranya, seperti tiada apa-apa, seperti perkahwinan itu tidak sah. Mana boleh, berkahwinlah di hujung dunia sekalipun, pernikahan mereka tetap sah di sisi agama.
“Cuma mereka perlu daftar dalam negara untuk mendapat sijil kahwin yang sah. Namun, perkahwinan mereka tetap sah walaupun tidak didaftarkan,” kata Fizz.
“Saya tidak mahu komen panjang lebar soal ini kerana saya tidak mahu terus mengaibkan Azlyn dan keluarganya. Tetapi saya perlu menjawab persoalan ini kerana saya tidak mahu terus dituduh sebagai penipu dan menganiaya hidup orang.
“Saya bercakap benar kerana ini soal maruah saya dan keluarga,” ujar Fizz Fairuz yang turut berkata Azlyn Massiela memberi alasan dia dilarikan dan terpaksa berkahwin dengan usahawan itu.
Menjawab, kenyataannya yang dia telah dibuat orang pula, Fizz Fairuz menegaskan yang dia tidak menuduh Azlyn Massiela telah melakukan sihir terhadapnya tetapi dia mengatakan yang dirinya seolah-olah seperti terkena buatan orang..
Fizz Fairuz mendakwa yang dirinya tiada selera makan dan jika makan dia akan muntah. Dia juga merasa was-was ketika ingin melangsungkan majlis pertunangan dengan wanita itu, tambahan pula tangannya tersimbah air panas dan keretanya rosak ketika pertunangan itu, tetapi ianya diteruskan juga kerana majlis pertunangan itu sudah dirancang.
9 comments