As-Salam
Ni satu cerita kes pukau yang harus dishare untuk semua orang. This is story from Innanie, I just copy and credit to her..
Kejadian ni berlaku lebih kurang 3 minggu lepas. Berlaku kepada mak aku sendiri dan lagi dasyat berlaku di rumah sendiri. Aku yang dengar pun naik bulu roma. Terus tambah-tambah risau nak tinggalkan orang tua kat rumah.
Pagi tu dalam pukul 7 pagi, aku bertolak balik ke KL dengan Akim. Masa tu ayah aku sakit. Dia demam panas dan memang tak larat nak bangun. Kat rumah tinggal mak, ayah dan makcik aku. Semua warga emas. Jadi around 10 pagi gitu, mak aku macam biasa lah buat rutin harian dia. Mop lantai kat porch kereta. Lepas dah habis, dia pun ke dapur untuk siap-siap masak. Tiba-tiba ada seorang pemuda dalam lingkungan umur 25-28 tahun, kurus,tinggi, berkulit gelap, dan berpakaian smart bagi salam kat depan gate utama. Mak aku terus jawab salam dan terus meluru keluar dari pintu gate kedua menuju ke pintu gate utama. Padahal selalu dia paling susah nak keluar ke gate utama tu kalau ada salesman ke apa.
Lelaki : Assalamualaikum makcik. Macam mana nak cakap ek?
Mak: Waalaikumsalam, awak kenapa? Cakaplah.
Lelaki : Macam ni, ayah saya Hj.Badrun orang masjid. Kawan baik dengan pakcik (ayah aku). Kiteroang tengah bakar ayam 26 ekor. Tiba-tiba gas habis. Ayah saya suruh datang sini jumpa pakcik mintak duit nak beli gas? Kalau makcik tak percaya, datanglah rumah saya depan tu.
Mak : Nak beli gas? Eh kenapa datang sini? Pergilah kedai depan tu, beli gas.
Lelaki : Ayah saya suruh datang sini. Mintak duit. Jumpa pakcik.
Tak semena-mena, mak aku terus je bukak gate utama tadi dan suruh budak lelaki tu masuk ke rumah untuk jumpa ayah aku. Makcik aku yang kat dapur nampak apa yang mak aku buat tapi dia terkedu. Dalam hati dia tertanya-tanya jugak, kenapa mak aku benarkan budak ni masuk rumah. Tapi makcik aku tak boleh nak bersuara. Dia hanya pandang je budak tu menapak melangkah ke bilik tidur utama yang mana ayah aku tengah berehat kat situ. Sesampainya kat bilik tidur ayah, mak aku tak cakap apa-apa terus bukak pintu bilik tu. Budak tu pun masuk dalam bilik. Ayah aku tercengang jugak.
Mak: Ayah, ni budak ni anak Haji Badrun. Datang mintak duit beli gas.
Ayah: Anak Haji Badrun? Orang masjid? Mana ada!!! Takde! Takde! Aku tak kenal!!! Keluar kau dari rumah aku. Balik!!! Balik!!! Aku sakit-sakit ni. Kau nak apa!!!! Aku tak kenal kau! Bapak kau pun aku tak kenal. Penipu!!! (bapak aku jerkah budak lelaki tadi. mak aku masih tercengang dan blur)
Lelaki tadi terkejut dan terus cepat-cepat keluar dari bilik ayah aku.
Lelaki: Takpelah makcik, terima kasih. Assalamualaikum. *terus lari sarung kasut lintang pukang!
Mak aku masih terdiam dan tercengang. makcik aku kat dapur pun sama. tak cakap apa. Ayah aku je yang kiranya masih 'sedar' waktu tu. Ayah aku jerit kat mak aku, baru mak aku macam tersedar gitu. Bila mak aku dah sedar, dia sendiri tanya ayah aku apa jadi sebenarnya.
Dan waktu tu, dia baru sedar yang dia kena pukau sebentar tadi. Mak aku cakap, masa dia ke gate utama tadi tengah cakap-cakap dengan lelaki tu, dia memang tengok anak mata lelaki tu dan dia ada terbau sesuatu yang macam asap rokok tapi wangi sangat!!!
Sahih!!! Mak aku kena pukau melalui anak mata dan asap rokok. Kiteorang yang anak-anak ni bila dengar cerita mak aku tu terus cuak. Sebabnya mak aku bukan jenis senang nak percaya orang datang rumah. Kalau ada salesman datang pun, dari jauh je dia cakap. Kira takdenya dia nak ke gate utama. Dah lah tu, siap bukak kan pintu lagi bagi pergi bilik utama. Ya Allah, nasib baiklah masa ayah aku jerkah dia tu, dia tak bertindak ganas ke, keluarkan parang atau pisau ke. Nauzubillah!!! Tak dapat aku bayangkan.
Sebenarnya, kalau korang nak tahu. Sebelum kejadian tu, pada Khamis malam Jumaatnya lebih kurang pukul 3 pagi aku ke toilet. And then selalu lepas pergi toilet aku sambunglah tidur kan. Tapi masa malam tu, hati aku sangat-sangat tak sedap. Rasa macam ada orang nak 'attack' rumah aku. Rasa macam ada orang nak 'serbu' atau nak rompak rumah aku. Tengah get ready je 'orang' tu. Sampaikan aku terus tak tidur the whole night. Menjaga rumah kononnya. Berpeluh-peluh aku tahan ketakutan dan rasa cemas tu. Rupanya, bila aku balik tu... orang tu 'attack' mak aku. Aduhaaaiii!!!
So, kita semua kena hati-hati lah. Lagi-lagi bila tinggal orang-orang tua kat rumah. Penjenayah sekarang ni, tak kira dah malam ke siang ke... dorang nekad je. Dah takde lagi belas kasihan. Lagi-lagi guna cara pukau. Lagilah menakutkan. Mujur ayah aku sedar time tu! Bila difikir balik, memang tak logik pun budak lelaki tu cakap. Apa ke halnya pulak bapak kau bakar ayam dengan mintak kitorang duit gas? Bukan bapak aku yang order ayam dengan bapak kau. Lagi satu, kau beli ayam 26 ekor boleh, beli gas tak mampu??? Hmmmmm sabar je kau ni! Kalau kau di pihak betul, masa ayah aku jerkah tu... kau cakaplah elok-elok. Ni kau terus lari. Nampak sangat kau menipu kan!
credit tu : Inannie
9 comments