7 Tanda Yang Dia Sudah Gila Bayang



As-Salam

Hari ni nak publish satu entry tentang "gila bayang" . Anda gila bayang? Uzu gila bayang?
Oh maybe nooooooo. ok just read carefully this entry. Sebelum tu klik sini dulu http://bit.ly/RtXFLz .



1.Bercakap Non-Stop
        
Bila kita kenal dengan lelaki yang diam ni payah! Harap-harap lah jodoh aku dengan orang yang pendiam. Dia lagi payah kalau korang pun jenis yang tak banyak cakap. Kalau dating nak borak apa? Pergi dinner then balik? Takkan lah. Malu punya pasal. Tapi ada juga lelaki yang once dia dah mula suka korang, tengoklah macam mana pula dia cakap. Non-stop woh.
        
Topik yang dia borak mestilah tentang kelebihan diri dia, barang-barang yang dia ada. Senang cerita dia kata yang dia tak sampai hati nak pukul semut. Penyayang katanya. Pendek kata dia nak tunjuk yang dia ni hebatlah. In case kalau lelaki tu dah macam ni perangainya, buat bodoh je. Lama-lama nanti dia tahu yang korang ni bukan ambil port pun.


2.Buat-buat Minat
        
Semua orang tahu lelaki ni ego je lebih. Kononnya tahu semua favourite korang. Let say yang korang ni Beliebers (Justin Bieber 's fan) ataupun VIP (Big Bang's fan). Walaupun mungkin wajahnya macho seperti Aaron Aziz, tak mustahil dia mengaku yang dia juga peminat Justin Bieber dan Big Bang macam korang. Padahal sebelum ni memang kata si Bieber ni gay lah, anti K-Pop lah semuanya hipokrit semata. Haha. Atau atau atau mungkin juga dia ajak korang ke pet shop since you guys love cat so much but then dia akhirnya keluar dari kedai sebab tak tahan dengan bulu kucing. Haha. Lelaki. Lelaki.

3.Puji Melebih
        
Sekarang ni cakap dengan aku siapa yang tak suka dipuji? Nak nak orang perempuan. Kalau dah kena puji sikit jalan pun dah tak betul dah. So kesempatan ni lah yang lelaki gunakan dengan meniup puji-pujian terhadap korang supaya tumpas di tangannya. Biasalah, kadang-kadang dia puji rambut korang yang lurus, manisnya pakai tudung Yuna ataupun howoe style gila baju korang ataupun senyumanmu mencairkan hatiku. Kalau tak pun, you ni bijak lah. Dah lah cantik, sopan, menarik, tertarik semua lah.
        
Kadang-kadang pujian tu menjerat diri dia juga. Misalnya, dia puji suara korang yang merdu bak buluh perindu. Padahal korang tahu ni kalau korang nyanyi selalu orang perli sebab sumbang. Bila kat Red Box, masa turn korang nyanyi ramai yang nasihatkan kau supaya tak nyanyi. Masa tu, mesti kau rasa yang dia ni tengah perli aku ni dan terus berjanji pada diri sendiri tak nak bercakap dengan dia. Haha

4. ‘Berani Mati’
        
Lelaki yang sporty dan adventurous pastinya membuatkan adrenalin korang bergerak laju. Apa itu adrenalin? bukak ni. Ia bergerak laju nak-nak bila melihat sendiri dia bermain bola, ragbi atau rock climbing. Tapi bila dia dah jatuh hati korang, hmm makin bertambah lah minatnya.
        
Sia-sia je kalau korang melarangnya supaya jangan bermain sukan yang bahaya kerana takut memudaratkan diri kononnya. Tapi aku berani bet makin nak lagi dia buat adalah. Sebab apa? Sebab dia   nak menunjuk-nunjuk kejantanannya depan orang dan tak kisah pun kalau bahaya ke tak.

5.Ahli Bina Badan
        
Oh yes. Topik yang bagus. Aku terus terfikir lelaki Korea yang tough macam Sparta kat dalam running man. Lelaki selalu rasa kalau badan tough dan tegap adalah modal untuk menarik perhatian perempuan. C'mon lah. Wajah boleh jadi perkara kedua. Tak dinafikanlah memang boleh cairkan hati perempuan tapi..Bila badan dah mantap, pakai pula baju ketat-ketat.

6. Pemuzik Jalanan
     
Bagi lelaki, bakat menyanyi dan bermain instrument adalah modal terbaik untuk memikat perempuan. Melihat bagaimana member-member memainkan gitar atau menyanyikan lagu untuk awek sebelum tidur mencetuskan lagi semangat untuk belajar benda-benda ni semua. Tapi sayang, bakat tak seberapa pun. Just be yourself. You'll look cute too.

copypaste.

Salam.

11 comments