Salam
Entry ni uzu dapat dari blogger Hasrul Hassan. Just nak share kat u all.
Peringatan tuk diri sendiri jugak.
- Mahu trafik tinggi, tetapi tidak berusaha untuk menjadikan blog mampu menjana trafik.
- Ingin blog mesra SEO, tetapi blog tidak guna template mesra SEO.
- Mahu blog dikenali ramai, tetapi tidak mempromosikannya.
- Blog menjana pendapatan lumayan, tetapi tiada produk yang dipasarkan.
- Ingin blog mempunyai ramai follower dan pengikut, tetapi dia sendiri tidak follow atau ikut blog orang lain.
- Mahu blog kelihatan menarik, tetapi tidak ambil peduli pandangan blogger lain.
- Ingin tingkatkan ranking blog dalam Alexa, tetapi tak faham apa itu Alexa Ranking.
- Blog mahu berada dalam kedudukan Google Pagerank tertinggi, tetapi tidak berusaha untuk bina backlinks berkualiti.
- Ingin jadi blogger popular, tetapi blog tidak dipopularkan.
- Mahu mendapat iklan Advertorial di blog, tetapi tidak pernah sokong atau join event yang dibuat oleh penganjur produk.
- Ingin jadi seperti Redmummy atau Ben Ashaari, tetapi tidak pernah mahu dengar nasihat dari mereka.
- Mahu berinteraksi dengan pembaca, tetapi ruang komen tidak mesra. Jika ada, tidak pernah membalas komen mereka.
- Komen mahu banyak di setiap entri, tetapi tidak pernah tinggalkan komen berkualiti di entri blog orang lain.
- Mahu blog kelihatan seperti blog profesional, tetapi tiada nilai profesional dalam menulis blog.
- Ingin blog yang cantik dan menarik, tetapi tidak mahu belajar untuk menghasilkannya sendiri.
- Mahu benda percuma tetapi tidak pernah berikan kepada orang lain secara percuma - contoh: Trafik dan Promosi.
- Tidak suka blog kena copy-paste, tetapi ada entri yang anda buat adalah entri copy-paste.
- Mahu dihormati dalam dunia blog, tetapi tidak tahu menghormati blogger lain.
- Ingin menjadi blogger Malaysia yang hebat, tetapi tiada ciri Malaysia pun dalam blog!
- Ingin menjadi blogger yang berjaya, tetapi tidak sudi untuk menjadikan blogger lain berjaya
Sumber Asal: 20 Perkara Pelik Blogger Malaysia | Panduan Blogger http://www.hasrulhassan.com/2013/01/20-perkara-pelik-blogger-malaysia.html#ixzz2JPwJAu3t
Under Creative Commons License: Attribution Share Alike
Follow us: @hasrulhassan on Twitter | bloghasrulhassan on Facebook
37 comments