10000 Tiket Percuma Penerbangan Air Asia 2013. Jom booking cepat !!


As-Salam

Selamat malam. Berita baik lagi PM bagi tiket free untunk 10k tiket.Perghhhh kelas kau jah !
Jom baca artiket penuh.


Berita baik tiket percuma Airasia 2013 sempena program Integrasi 1Malaysia. Program ini dilancarkan oleh Perdana Menteri Malaysia Dato Seri Najib Razak. Tujuan adalah untuk merapatkan lagi jurang antara semenanjung, sabah dan sarawak selaras dengan konsep 1Malaysia. Syarikat tambang murah Air Asia akan bekerja sama untuk memberi tiket penerbangan percuma dalam tempoh yang tertentu.


Cara Dapatkan Tiket Percuma Airasia 2013

Perdana Menteri sebentar tadi telah mengumumkan bahawa semua pengguna boleh akses tiket percuma Airasia mulai 8 Januari 2013. Tiket percuma itu akan dibuka mulai 12 Tengah Malam 8 Januari 2013.

Permohonan tiket percuma ini boleh didapatkan di laman web http://www.airasia.com. Dianggarkan kira-kira 10 ribu tiket akan diberikan kepada semua rakyat Malaysia untuk menikmati tiket percuma tersebut.

Destinasi Penerbangan Percuma

Tempat duduk percuma hanya sah bagi penerbangan yang berlepas dari Kota Kinabalu, Kuching, Labuan, Sandakan, Miri, Tawau, Sibu, Bintulu, Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Johor Bahru.

Tempoh Penerbangan Percuma

Tiket percuma bagi penerbangan antara 14 Januari sehingga 4 Februari 2013

Cara Pembayaran Penerbangan

Cukai lapangan terbang akan dikenakan, walaupun tambang dan surcaj bahan api dimansuhkan.




Sumber: Tiket Percuma Airasia 2013 Program Integrasi 1Malaysia | melvister.com 

p/s : Jangan lepaskan peluang and rezeki. Tapi confirm Air Asia stuck jap lagi. Hehe. Ikut rezekilah.


Salam.

15 comments