10 Tips Panjangkan Hayat Bateri Laptop


As-Salam

Haaaaaaa ini lah yang ramai jugak tak tahucara nak jaga bateri laptop supaya lebih tahan lama.
Kekadang kita tak ambil kisah pasal ni tapi ia akan merumitkan urusan anda bila bateri laptop ni buat hal.

Jom kita baca tips kat bawah.



1 - Jangan lupa charge bateri terlebih dahulu sebelum menggunakannya.
Perkara ASAS bagi sesiapa yang baru beli laptop atau gadjet2 lain yang menggunakan bateri. Ada sesetengah orang akan terus menggunakan laptop yang baru dibeli tanpa mengecas terlebih dahulu. Ini akan menyebabkan bateri laptop anda mempunyai FCC (Full Charge Capasity) yang rendah berbanding nilai sebenar. Sebaiknya, chargelah bateri laptop terlebih dahulu sekurang-kurangnya 4 jam agar bateri laptop mencapai tahap maksimum charge.

2 - Cabut cable charger sebaik bateri telah penuh 100%.
Sekiranya korang mengecas bateri ketika laptop sedang digunakan (berfungsi), CABUT cable charger sebaik sahaja bateri telah penuh 100% supaya bateri laptop akan tahan lama dan tidak cepat rosak.

3 - Letak bateri yang telah ditanggalkan di tempat yang sepatutnya.
Bateri laptop akan panas sekiranya lama digunakan. Apabila bateri ditanggalkan dari laptop, letakkan di tempat bersuhu bilik.

4 - Elak letak bateri di dalam kereta di waktu panas.
Jangan biarkan bateri di dalam kereta di waktu panas. Bateri yang panas akan ‘discharge’ dengan sangat cepat  manakala bateri yang berada pada suhu dingin (takat beku), tidak dapat menjana banyak kuasa.

5 - Tanggalkan bateri jika guna sumber kuasa dari luar.
Sekiranya menggunakan sumber kuasa dari luar tanggalkan bateri laptop korang.

6 - Tambah RAM (Random Access Memory) laptop.
RAM pada komputer berfungsi sebagai tempat penyimpanan data sementara ketika komputer sedang aktif/digunakan. Tambahkan RAM laptop korang dengan cara ini penggunaan bateri sebagai sumber daya intensif dapat dikurangkan.

7 - Selenggara hardisk untuk kurangkan penggunaan kuasa berlebihan.
Lakukan penyelenggaraan (defraging) pada hardisk supaya penggunaan kuasa berlebihan untuk pengoperasian laptop dapat dikurangkan. Gunakan software yang banyak terdapat dipasaran seperti TuneUp Utilities untuk buat maintenance laptop korang.

8 - Minimakan guna CD/DVD drive.
Kurangkan penggunaan CD/DVD drive.

9 - Sekurang-kurangnya sebulan sekali bersihkan Battery Contacts.
Bersihkan logam penyambung bateri (battery contacts) laptop sekurang-kurangnya sebulan sekali supaya bateri akan tahan lama.

10 - Elak guna profile High Performance.
Sebagai penambahan, jangan selalu gunakan profile high performance. Sebaliknya selalu gunakan balance, ini akan mengurangkan tekanan pada bateri. 

credit to : Ayie Abas

p/s : Tips ni sangat berguna untuk kita semua. Semoga bermanfaat untuk kalian semua.

Salam


14 comments