As-Salam
1 - Elakkan Dari Berkawan Rapat Dengannya.
Dengan merapati dan berkawan dengan si gadis, kecantikan 'hati'nya sukar untuk dinilai oleh lelaki. Masa ini selalunya yang dilihat semuanya baik, sopan dan elok belaka. Apatah lagi pada masa itu sang teruna sedang asyik mahsyuk, dia hanya nampak yang elok-elok saja. Si gadis pula mungkin hanya berpura-pura jadi baik dan sopan untuk memikat si teruna.
Ada yang bidalan menyebut bahawa, ‘yang bercahaya tidak semestinya emas dan yang cantik tidaklah semestinya permata'. Maka elakkan dari berkawan rapat dengannya untuk mengelakkan anda dari terpesona dan terpedaya dengan tingkahlaku yang dipamerkannya.
2 - Lakukan Risikan Secara Rahsia.
Kecantikan hati biasanya boleh dinilai oleh pengamatan rahsia (senyap-senyap) si teruna bersama keluarganya terhadap si gadis. Risikan rahsia ini adalah untuk mengetahui bagaimanakah tingkahlaku si gadis itu bila dia berada bersama keluarganya sendiri. Adakah si gadis dari jenis yang suka berjalan, bergaul bebas, atau suka menolong ibunya memasak, rajin berkemas dan taat dalam beribadat? semua ini akan dapat ditentukan dengan lebih jelas.
Pihak teruna juga boleh mengetahui perihal moral si gadis dengan menyelidiki ke manakah si gadis itu suka pergi di hujung minggu atau di masa lapangnya. Jika dia gemar pergi ke tempat yang kurang baik, besar kemungkinan dia terpengaruh dan mempunyai sifat2 yg tak baik pula.
3 - Cari Yang Duduk Bersama Ibubapa.
Alam gadis AMAT terdedah kepada pelbagai gejala yang tidak begitu menyenangkan.Terdapat lebih banyak unsur negatif dari yang positif di luar rumah. Malah bagi sesetengah keluarga ianya berlaku di dalam rumah sendiri.
Si gadis, yang masih MENTAH dan dalam proses belajar mengenal hidup mudah terpengaruh kepada unsur-unsur negatif yang boleh merosakkan kesuciannya serta kebaikan perangainya. Ini kerana unsur-unsur negatif biasanya memberikan keseronokan dan kenikmatan SEMENTARA sebelum disusuli pula dengan SESALAN dan kemurungan yang menghantui untuk seumur hidup.
4 - Cari Yang Pandai Menguruskan Rumahtangga.
Pada zaman sekarang, masa remaja si gadis bererti masa sebagai pelajar sekolah menengah, pra-universiti dan pusat pengajian tinggi. Bagi gadis2 ini, masa untuk mereka belajar menjadi ‘wanita’ dari ibu adalah amat terhad, jika adapun, praktikalnya hanya dalam waktu terbatas.
Kesempatan untuk berada di dapur amatlah terhad pada hujung minggu serta semasa cuti. Akibatnya, semakin ramai gadis yang berorientasikan kerja makan gaji dari berorientasikan mengurus rumahtangga.
5 - Cari Yang Hormat Kepada Orang Tua.
Selidiklah apakah dia gadis yang tahu menghormati orang tua. Ini penting kerana dia nanti akan bertemu, bertandang ataupun duduk bersama ibu bapa anda. Walau betapa cantik pun dia, jika dia tidak tahu menghormati ibu dan bapa mertuanya, dia hanya akan menyebabkan anda menjadi serba-salah dalam menangani kehidupan harian terutama dengan ahli keluarga.
6 - Cari Yang Pandai Menjaga Kehormatan.
Hal ini dapat diperhatikan di kalangan gadis-gadis yang tidak begitu berjaya dalam pelajaran. Maka ramai yang mencari kerja makan gaji dari membantu ibu di rumah atas alasan mahu meringankan beban keluarga. Bagi si gadis yg mudah ‘alpa’ masa inilah mereka akan rosak.
Mereka akan keluar dengan lelaki tanpa segan silu, mula memakai pakaian yang ketat dan menjolok mata serta belajar dari rakan sebaya cara untuk memikat lelaki. lbubapa yang tidak mengawasi gerak-geri anak gadisnya akan menyebabkan gadis itu menjadi 'gadis murahan'.
7 - Cari Yang Tidak Bergaul Bebas Dengan Lelaki.
Pada zaman dahulu, ada ibu bapa yang sengaja tidak menghantar anak perempuannya ke sekolah kerana takut nanti anak perempuan mereka jadi jahat akibat bergaul dengan lelaki secara bebas. Namun bila zaman semakin moden, pemikiran cara ini dianggap sudah usang.
Ramai pula menganggap adalah lebih baik dibenarkan wanita bersekolah asalkan saja di sekolah dia dilengkapi dengan input tatasusila dan adat apatah lagi pendidikan agama yang sempurna.
8 - Cari Yang Didikan Agamanya Cukup.
Peralihan zaman perlu mengambil kira faktor sekeliling si gadis. Jelas pada kita bahawa cara hidup gadis zaman sekarang sudah jauh berbeza berbanding gadis satu atau dua dekad dahulu. Namun, dari sudut nalurinya adalah sama saja. Zaman gadis adalah zaman mencari identiti dan cuba mengekalkan identiti itu. Jika dia terdedah kepada hal buruk maka buruklah jadinya.
Gadis yang mendapat didikan yang baik besar kemungkinan akan menjadi wanita yang berguna kepada negara dan agama malah boleh menjadi contoh teladan kepada wanita mahupun lelaki.
9 - Cari Yang Berpegang Teguh Pada Suruhan Agama.
Ada empat sebab utama mengapa si teruna memilih seseorang gadis, kerana kecantikannya, hartanya, keserasian taraf (sekufu) dan kerana agama. Maka yang terbaik memilih gadis yang beragama. Dimanakah letaknya nilai gadis yang dikatakan jelitawan? Letaknya ialah pada keimanan gadis itu. Iman yakin yang betul pada Allah Taala dan otak yang berpengetahuan.
Jika dia cantik dan ber'agama' pula, ditambah lagi berharta dan setaraf, maka dialah yang masuk ke dalam kategori BIDADARI DUNIA. Tapi pastinya dia akan memilih lelaki TERBAIK pula!
10 - Bertunang Jangan Lama-Lama.
Bila anda sudah melamarnya, jangan tunggu lama-lama. Nikahlah dengan segera kerana gadis jelita, ramai yang ingin menggodanya. Elakkan dari membawanya ke sana-sini kerana ini akan menerbitkan rasa cemburu di hati lelaki yg jahat serta membahayakan keselamatan si gadis.
11 - Kahwini Dia Ketika Usianya Masih Muda.
Hal ini mungkin dianggap satu kontroversi oleh ramai orang tapi ia merupakan KENYATAAN yang sukar untuk dinafikan. Mengahwini gadis jelita ketika umumya masih muda remaja dapat membantunya agar selamat dari godaan dan gangguan lelaki yang tidak bertanggungjawab. Ramai gadis jelita yang ROSAK kerana merosakkan diri sendiri atau DIROSAKKAN. Ibu bapa seharusnya melepaskan anaknya untuk dikahwini lebih awal dan jangan membuat alasan bahawa anaknya masih belajar atau baru bekerja.
Seorang gadis, sama ada zaman dulu atau sekarang, layak berkahwin bila dia sudah berumur kira-kira 13 tahun. Ramai orang mungkin berflkir anda gila mengahwini gadis semuda itu, tapi siapakah sebenarnya yang gila jika gadis jelita seperti itu besar kemungkinannya akan ternoda? Cuma, ibu bapa patutlah mempastikan bahawa anak gadis mereka mendapat suami yg baik dan bertanggungjawab. Membimbing anak gadisnya hidup bahagia dunia dan akhirat.
12 - Elakkan Dari Terlalu Cemburu.
Memang sudah menjadi adat dunia, gadis yang cantik jelitawan memang menjadi idaman teruna, suami orang mahupun duda. Elakkan dari menaruh perasaan cemburu. Apa yang penting ialah sejauh manakah anda telah bertindak untuk memilikinya. Bila si gadis telah menjadi isteri anda, didiklah dia agar dia menjaga kehormatannya serta taat pada agama.
13 - Layan Dia Dengan Baik.
Sebenarnya walau betapa jelita pun si gadis, dia tidak memandang pada rupa paras anda. Apa yang penting bila anda berkahwin dengannya ialah cinta anda kepadanya. Cinta bukan bermakna anda perlu bawa bulan ke ribanya atau kerap melakukan seks dengannya. Cinta pada wanita ialah memahami jiwa mereka dan melayani mereka dengan baik. Bila wanita sudah benar-benar cintakan anda disegenap jiwa raganya, dia tidak akan mudah tergoda dengan lelaki lain. Dia akan hanya menganggap anda sebagai pengarang jantung dan buah hatinya.
14 - Bertanggungjawab Walau Betapa Jelita Pun Dia.
Seorang gadis mahukan lelaki yang mampu menjaganya dengan baik, bijak dan tahu mengurus kebajikannya serta memimpinnya menjadi wanita yang baik serta taat pada agama. Lelaki yg bertanggungjawab terhadap anak-anak dan keluarga serta menghormati kedua ibubapanya.