Pada suatu hari Nabi Ibrahim bermimpi, dalam mimpinya itu Allah menyuruh Nabi Ibrahim menyembelih anaknya yang bernama Ismail. Selepas dari mendapat mimpi itu, Nabi Ibrahim pun memberitahu isterinya yang bernama Siti Hajar.
Maka berbincanglah Nabi Ibrahim, Siti Hajar dan Ismail. Siti Hajar berkata, “Mungkin mimpimu itu hanya mainan tidur saja tetapi kalau mimpi itu merupakan wahyu, wajiblah dituruti.” Apabila mendengar kata-kata ibunya, Ismail berkata kepada bapanya, “Ayahku, sekiranya ini merupakan wahyu dari Allah S.W.T., aku sedia merelakan diriku untuk disembelih.”
Setelah persetujuan dicapai, keesokan harinya Nabi Ibrahim pun membawa puteranya Ismail untuk disembelih. Perkara Nabi Ibrahim hendak menyembelih anaknya telah sampai kepada pengetahuan orang ramai. Hal ini membuat orang ramai takut sehingga ada yang mengatakan, “Nampaknya Nabi Ibrahim mungkin sudah gila hinggakan mahu menyembelih anaknya sendiri. Kalau kita biarkan perkara ini, nanti kitapun akan dibunuhnya.”
Walau apapun tuduhan orang terhadapnya, namun Nabi Ibrahim tetap menjalankan tugas yang diperintahkan oleh Allah S.W.T terhadapnya. Setelah Nabi Ibrahim dan anaknya Ismail sampai pada tempat yang dituju, berkatalah anaknya, “Wahai ayahku, aku fikir cara yang baik untuk menyembelih adalah dengan cara aku disembelih dalam keadaan menelungkup tapi mata ayah hendaklah ditutup. Kemudian ayah hendaklah tahu arah pedang yang tajam dan ayah kenakan tepat kepada leherku.”
Kemudian Nabi Ibrahim pun melaksanakan perintah yang Allah S.W.T perintahkan dalam mimpinya. Baginda pun mengucapkan kalimah atas nama Allah lalu memancungkan pedangnya pada leher anaknya itu. Maka terperciklah darah mengenai badan Nabi Ibrahim. Sebagai seorang manusia biasa, Nabi Ibrahim pun menggeletar dan membuka penutup matanya.
Tetapi alangkah terperanjatlah apabila melihat yang disembelihnya itu bukanlah anaknya melainkan seekor kibas. Dengan memuji kebesaran Allah S.W.T, kedua-duanya pun berpeluk-peluk sambil bersyukur kepada Tuhan kerana memberi kekuatan sehingga dapat melaksanakan amanat dari Allah S.W.T.
Peristiwa ini ada diterangkan dalan surah Ash-Shaffat ayat 101 hingga ayat 111
p/s : Hati-hati dengan produk macam ni.
Hari Raya AidiAdha ? Penting sangat bagi aku tu tahun ni.
Sebab baru rasa tahun ni nak sambut kat kampung. First time pulak.
Kesian gila kat aku. hoho ^^ Hidup kat bandar susah sikit la nak dapat feeling Raya Adha ni.
Mengisahkan seorang budak cilik,John Bennett yang takde kawan sejak kecil. Dia cuba berkawan dengan jiran tapi dipinggirkan. Kesiannya. Hehe. Dia sangat berharap ada kawan yang boleh teman dia dan jika dia ada kawan, dia berjanji akan jaga kawan dia tu sebaik mungkin. Alololo..
Pada hari krismas, John Bennett diberi hadiah Teddy Bear. Dia suka sangat dengan Teddy tu. Memandangkan dia takde kawan so dia anggap Teddy sebagai kawan dia. So bermula dari itu, Teddy dijadikan teman sepermainan, teman meluah, teman bergurau senda. Dan pada satu malam, John Bennett berhajat dan sangat berharap Teddy boleh hidup dan bercakap..
Guest what?? Keesokkan harinya hajatnya diterima, dia terkejut Teddy hidup dan boleh bercakap.
Kehadiran Teddy membawa kejutan besar untuk Ibu Bapa John Bennett tapi at last parent John Bennett terima hakikat dan berita keajaiban Teddy tersebar diseluruh dunia ^____^ . Teddy semakin terkenal tetapi dia tidak pernah melupakan kawan baiknya, John Bennett dan mereka berjanji akan menjadi sahabat kilat selamanya ^___^ .
Dari kecil sampailah ke dewasa persahabatan Ted and John Bennett tidak pernah terputus.
Sehinggalah kehadiran teman wanita John Bennett, Loni yang ingin mempunyai masa dan ruang bersama John tanpa kehadiran Ted. Loni merasakan Ted adalah sebagai "kacau daun" dalam hubungan mereka sebab John yang selalu pentingkan Ted dari teman wanintanya, Loni.
Satu tahap, Loni bagi 2 pilihan pada John Bennett sama ada pilih Loni teman wanitanya selama 4 tahun atau Ted teman baiknya semenjak umur 8tahun sehingga umur John 35 tahun?
Cerita seterusnya? Hahahah Sila tengok sendiri ^___^
p/s : Best tau cerita ni. Lawak. Serius tak kering gusi ^___^
Assalamualaikum ^^
Wah setelah sekian lama menunggu akhirnya dapat jugak aku melihat angka Follower 2222 ^___^
Formerly known as a Emas Putih (www.kisahemasputih.com) | 32 years old | Married | Blogging since 2009 (13 years ) | Love Travels | Brand Ambassador | Social Media Influencer
Air Asia | Air Asia Go | Tourism Japan | Tourism Malaysia | Samsung | Philea Mines Resort | Shurah | Sunsilk | Tonton | Media Prima | Swarovski | Himalaya | Yeos | Dr. Ko | Tonton vip | UPM | Uniten | Nivea | Lazada | Mcd | KFC | Honda Malaysia | Cosmoderm | Legoland Malaysia | Loreal | Celebrity fitness | Cimb bank | Booking.com | Isuzu | Flavettes | Chek Hup | SCS Butter | Mahkota | Dairy Champ | Safi | Hershey's| US Pizza | My News | CU Mart | Tasneem Natural | Gamuda | Brother Machice | Das Abdul | The Manhattan Fish Market | Food Panda | Aik Cheong | Litte Home | California Raisin | PG Mall | Guardian |