Salam Jumaat ^___^
Hello Hello Hello kopi ka milo??
Hari ni rasa nak update and nak kongsi pasal henpon yang orang ramai duk tergila-gilakan termasuk aku =.=
Beberapa hari lalu Shida chat aku. Kenal tak Shida? Of coz kenal kan. Kalo tak kenal baik resign jadi blogger ye.^^ Shida tuan punya blog
Dunia Sebenar Shida. Ok Shida tanya pasal perbezaan S2 dan S3.Aku pun sepantas kilat layan jugak chat Shida ni. Yelaa dalam diam kami ada minat yang sama.Dia nak beli henpon baru. Tak tau yang mana nak beli. S2 ke S3. So aku pun bagi lah bezanya sikit-sikit sebab aku dah awal lagi skodeng beza dua spesis ni.
So,
Macam biasa lah S3 yang more better than S2.
of coz la yang baru lebih canggih dari yang lama kan. Tapi dari segi reka bentuk memang aku pilih S2.
Ada yang minat tak Samsung Galaxy S2 atau S3 ni? Meh baca kat bawa ni dengan lebih terperinci :
Peningkatan Ciri-Ciri Sedia Ada
Selain daripada saiz Samsung Galaxy S3 yang 0.5 inci lebih besar daripada Galaxy S2, Galaxy S3 didatangkan dengan beberapa peningkatan lain seperti dalam jadual di bawah menjadikannya antara telefon pintar yang hebat berbanding yang lain.
Selain daripada itu, Samsung Galaxy S3 juga didatangkan dengan beberapa fungsi pintar baru yang tidak terdapat pada Samsung Galaxy S2. Dengan fungsi pintar tambahan ini menjadikan Galaxy S3 sebuah peranti Android yang berbeza dan unik berbanding pencabarnya.
Smart Stay
Dengan fungsi Smart Stay, skrin telefon pintar S3 ini akan kekal dalam keadaan cerah selagi mana mata pengguna memandang ke arah skrin secara tepat. Satu ciri yang sangat pintar, seolah-olah Samsung Galaxy S3 ini ‘hidup’ dan ‘berakal’.
Direct Call
Dalam Samsung Galaxy S2 pengguna perlu swap ke kanan pada SMS pengirim jika ingin membuat panggilan telefon kepadanya. Ciri ini dipertingkatkan lagi dalam Galaxy S3 di mana pengguna hanya perlu merapatkan telefon ke telinga semasa paparan SMS pengirim dibuka dan ia akan buat panggilan kepada pengirim tersebut secara automatik.
S Voice
Galaxy S3 kini ditambahbaik dengan fungsi S Voice di mana pengguna boleh memberi arahan kepada peranti dengan hanya menggunakan suara. Ianya boleh memberi maklumbalas kepada suara pengguna termasuk arahan mengambil gambar. Alangkah seronoknya jika ciri ini juga terdapat dalam arahan Bahasa Malaysia.
64GB Storage
Keupayaan menyimpan data bagi Samsung Galaxy S3 adalah sehingga 64GB berbanding Galaxy S2 yang hanya 32GB secara maksimum. Seperti juga komputer, dengan kelajuan processor yang dipertingkatkan ianya seiring dengan keupayaannya untuk mempunyai ruang storan yang lebih besar supaya kelajuan peranti ini tidak terganggu.
Buat masa ini harga belum lagi diketahui. Tunggu saja bila Samsung Galaxy S3 ini menembusi pasaran Malaysia nanti. Dijangkakan ia juga akan mencapai jualan yang mengagumkan sebagaimana sambutan terhadap Samsung Galaxy S2 sebelum ini.
Secara jujurnya saya lebih suka design Samsung Galaxy S2 yang nampak lebih bersegi berbanding Galaxy S3 yang kelihatan lebih bulat menjadikannya kurang elegan dari segi rupa bentuknya.