1. Sukar melelapkan mata . setiap malam sebelum tidur pasti anda teringatkan si dia . anda teringat kan peristiwa yang berlaku antara anda dengan si dia . atau mungkin anda terbayang kan saat3 romantis antara anda dengan si dia . kemudian anda tertidur dengan hati yang berbunga-bunga .
2. Hati anda akan berdebar apabila ternampak kelibat beliau lalu dihadapan anda . kalau si dia muncul betul betul dihadapan anda , anda boleh terkena renjatan elektrik satu badan . darah anda mulai menyirap . hehe
3. Kebelakangan ini , anda sering membaca tips tips cinta di majalah mahupun internet untuk mempraktikkan ke atas si dia .
4. Tiba-tiba anda berasa cemburu bila melihat si dia mesra dengan orang lain yang sama jantina dengan anda . siap bergurau senda . dan anda akan curik curik menjeling ke arah mereka .
5. Perasaan rindu membuak buak di dalam hati anda . kalau boleh anda mahu si dia berada di depan mata anda 24 jam .
6. Tiba tiba anda banyak menghabiskan masa anda dengan handphone anda . walau sesibuk mana pun , anda tetap menhantar mesej kepada si dia . takpun menghantar mesej kepada si dia dengan hanya perkataan 'Hai' semata mata .
7. Anda sentiasa bersemangat untuk memulakan hari anda berbanding sebelum nie . anda mahu jadik orang 'first' sampai kat kelas /tempat kerja semata mata untuk melihat si dia . si dialah sumber semangat anda setiap hari .
8. Jika sehari anda tak dapat tengok si dia atau bayang bayang dia , anda rasa gelisah macam cacing kepanasan . di tambah pulak semua mesej di handphone , facebook @ twitter tak dibalas lansung .
9. Anda semakin berminat untuk mengambil tahu tentang latar belakang dan perkembangan si dia . anda tekun mendengar cerita tentang si dia dan bertanya daripada kawan kawan nya .
10. Anda semakin menjaga penampilan anda . anda sentiasa ingin memakai pakaian yang kemas dan cantik . dan mungkin jugak akan memakai 'perfume' yang boleh menarik perhatian si dia .
11. Tiba tiba anda berubah menjadi defensif terhadap si dia . pantang orang lain salah cakap atau sekadar mengusik , anda pasti akan mempertahankan si dia .
12. Ada saja alasan untuk berjumpak atau secara terang menawarkan keluar bersama . mungkin anda mengajak si dia keluar makan bersama atau mengajak si dia berbincang tentang assignment/projek walaupun anda boleh membuat nya seorang diri .
13. Ketika rakan rakan menyebut tentang jodoh , terus tiba tiba anda teringatkan si dia .dan dan tiba tiba juga anda berangan angan dapat berkahwin dengan si dia .
14. Anda mempunyai hobi baru iaitu mengelamun . kejap kejap si dia datang dalam fikiran anda . kemudian mula lah anda tersenyum seorang diri . kadang kadang sambil memandu pun boleh mengelamun kan tentang si dia .
15. Hati anda kan terus berbunga bunga apabila ditegur / disapa oleh si dia walaupun si dia hanya bertanya tentang assignment yang diberikan oleh lecturer tadik . bagaikan dunia ini anda yang punya .
16. Anda memberikan si dia sedikit hadiah sebagai tanda ingatan agar si dia berasa terharu dan sentiasa mengingati anda . mungkin boleh memberikan kad ucapan selamat berjaya dalam peperiksaan .
17. Anda cuba lari daripada terserempak dengan nya . takut si dia perasan yang anda menaruh hati dengannya . dan anda takut cinta anda tidak dibalas .
18. Citarasa anda berubah . anda mahukan persamaan dengan si dia . anda cuba mendengar lagu yang si dia dengar . anda cuba menonton rancangan tv kegemarannya .
19. Anda melihat bayangan wajah nya di mana saja anda pergi dan pada sesiapa saja yang kamu terpandang . sehingga anda mesti menoleh 2 kali untuk memastikannya .
20. Anda sanggup berkorban apa saja demi si dia . anda sanggup berkorban wang ringgit dan memerah kudrat tenaga hanya untuk menarik perhatian si dia terhadap diri anda . dan anda mengharapkan ianya akan berhasil .
21. Anda cuba menguji si dia adakah si dia menyimpan perasaan terhadap anda .anda berpakat dengan kawan anda untuk membuat kan si dia cemburu .
22. Sebelum tidur anda akan mendengar lagu cinta yang mendayu dayu . sambil itu anda membaca kembali mesej mesej anda dengan si dia . petang tadik seolah olah masih ada ayat ayat yang tersembunyi dari pandangan anda .
23. Bila bersama dengan si dia anda berjalan/memandu dengan sangat perlahan . takut cepat sampai ke tempat yang hendak dituju . kalau boleh , ingin sangat berada di sisinya lebih lama lagi .
24. Prestasi anda dalam kerja/belajar tiba tiba naik mendadak kerana anda cuba untuk memberitahu kepada si dia bahawa anda pun boleh lakukan apa saja .
25. Anda berbual dengan si dia sampai lewat tengah malam melalui telefon dan selepas saja beberapa minit anda putuskan talian , anda sudah mulai merinduinya . kemudian , anda menghantar pula mesej kepada si dia .
26. Ke mana saja anda pergi , anda pasti akan teringat haruman badan si dia . ketika berjalan jalan , anda tercium bau yang sama macam si dia dan terus anda tersenyum teringat kat si dia .
27. Anda tidak pernah menolak mahupun berkata 'TIDAK' bagi semua permintaan yang datang dari si dia . anda sentiasa akur dan menurut sekalipun ada diantara permintaannya yang keterlaluan dan pendapat nya kurang anda senangi .
28. Anda mengajak rakan rakan anda untuk melepak di laluan yang sering digunakan oleh si dia selepas habis kelas hanya semata mata untuk melepaskan rindu untuk melihat kelibat si dia .
29. Anda berniat di dalam hati untuk bertekad memiliki si dia . anda mahukan si dia terus berada disamping anda . anda menggunakan pelbagai cara untuk cuba menarik perhatian si dia tentang kewujudan diri anda .
30. Anda menyimpan apa saja pemberian dari si dia . kad raya , surat , resit dan apa saja dalam kotak . dan jugak sms dari si dia mula daripada berjaya mendapatkan nombornya . tak sanggup anda nak padam semua mesej dalam handphone anda yang dihantar oleh si dia .
31. Apabila kawan kawan anda 'melagakan' anda dengan si dia , anda tak akan marah sebaliknya anda tersipu sipu malu . dan pipi anda mula kemerah merahan .
32. Si dia kerap menemani anda dalam mimpi sejak akhir akhir nie . bila bangun pagi esok anda cuba mengingati mimpi mimpi indah antara anda dengan si dia semalam .
33. Tiba tiba anda berubah perwatakan apabila bersama si dia . anda cuba menjadi lelaki / perempuan idaman si dia . segala tindak tanduk anda dikawal agar tidak 'over' seperti bersama rakan rakan .
34. Anda sering tertanya tanya apakah yang sedang dilakukan oleh si dia . adakah si dia sudah makan , mandi , pergi kelas/ kerja ?
35. Apabila anda melihat si dia , anda tidak akan mempeduli orang lain mahupun keadaan sekeliling anda pada waktu itu . anda cuma melihat dia seorang saja .
36. Kebelakangan ini anda sering berdoa kepada Allah agar dibukakan hati si dia untuk anda dan diperjodohkan dengan anda .
37. Anda berniat didalam hati untuk bertekad memiliki si dia . anda mahukan si dia terus berada di samping anda . anda menggunakan pelbagai cara untuk cuba menarik perhatian si dia tentang kewujudan diri anda .
38. Ketika membaca post nie , hanya wajah si dia yang bermain di benak fikiran anda .
Credit : Ateen