Alhamdulillah
hari ni hari last jadi student poli kk sebagai pelajar Diploma Ukur Bahan
Rasa macam cepat ja masa tu xberlalu
dulu, masa mula-mula masuk memang tension gila la
malas p kelas pun ada.. Kelas batal paling the best sekali
tapi hari ni semua pandangan tu sudah berbeza
tertanya-tanya sendiri apa yang patut aku buat pasni?
mesti boring x p kelas . Hehe
last paper tadi, termenung kejap dalam dewan exam.
lambat2kan diri tuk keluar dewan
tadi last la jugak aku duduk di kerusi exam tu
harap-harap xda yang sangkut la
xmo repeat oi
harap result gempak.
Amin
Masa semua dah keluar
mula la dengar jeritan Merdeka..Merdeka..Merdeka !
mula aku tengok kengkawan aku salam menyalam
peluk memeluk, nangis menangis
bab ni aku x suka
menyampah ja aku rasa. Hehehe.
boleh pulak ada yang cakap aku xda perasaan
bukan xda perasaan
cuma jurang antara aku n diorang dalam beberapa bulan ni kan dah jauh
so ?? xperlu la nangis. jumpa di facebook la kalau rindu pun
heloooooo hati aku x keras cuma malas ja
hurmmm
Alhamdulillah sekali lagi
tugas aku dah selesai untuk bahagiakan bapak aku
habis jugak aku Diploma ni.
tapi bukan setakat sini ja
Akan ku sambung perjuangan ke tahap Ijazah nanti.
InsyaAllah semoga dipermudahkan segala urusan
Untuk arwah mama aku, ni hadiah untuk hari jadi mama. Hadiah tamat diploma.
Harapan mama untuk anak-anaknya dan bapak aku diamanahkan oleh arwah mama aku untuk pastikan
kami sambung study dan aku dah pun tunaikan separuh dari harapan arwah mama aku tu..
Dengan ini, tamatlah perjuangan aku, tamatlah aku sebagai pelajar Politeknik Kota Kinabalu
Jabatan Kejuruteraan Awam, Diploma Ukur Bahan
Thanks untuk semuanya.