Ramalan 21.12.12 ialah Hari Kiamat? Terserlah Kebodohan Kalau Percaya !!

As-Salam

Kalender purba kaum mayan kata 21/12/2012 kiamat.
Maka siapa percaya akannya maka ia telah syirik dan berada dalam kesesatan yg nyata.






Ramalan Kaum Maya

Kaum Maya di Yucatan, Amerika Tengah merupakan kaum yang pandai dalam ilmu falak.Sejak beribu tahun dulu mereka dapat menghasilkan kalender yang sangat tepat dan hampir sempurna.

Malangnya kalender tu hanya dapat diramal sehingga 21-12-2012 sahaja.Ini kerana pada tarikh tu, semua planet dalam sistem suria ni akan bergerak ke kedudukan selari.

Dalam kedudukan ini, medan megnetik bumi akan terganggu teruk dan menyebabkan kerak bumi bergerak dengan drastik.Ini akan menyebabkan gempa bumi kuat, letusan gunung berapi dan tsunami.Dalam kalender mereka tarikh ini adalah kiamat atau penamat bagi dunia ini.

Dua tiga menjak ni khabar angin bertiup kencang kat internet kononnya walaupun ramalan kaum Maya pasal kiamat tu karut, tapi ramalan tentang semua planet akan bergerak kedudukan selari tu ramai yang percaya.kedudukannya dikatakan akan sempurna pada 23 hingga 25 Disember 2012.



Kiamat sememangnya akan berlaku.Ini memang tak dapat dinafikan.Tapi kita tak akan tahu bila sebagaimana firman Allah "Katakanlah sesungguhnya pengetahuan tentang hari kiamat itu adalah disisi Allah tetapi kebanyakkan manusia tidak tahu” (Al Araaf:187)

Nabi pun pernah bersabda "Sesungguhnya kiamat tidak akan terjadi sebelum kalian melihat 10 tanda. Beliau menyebutkan ; Asap, Dajal, haiwan melata, terbitnya matahari dari barat, turunnya Isa bin Maryam, Yakjuj dan Makjuj, tiga gerhana matahari iaitu gerhana timur, gerhana di barat dan gerhana di jazirah Arab dan akhir dari semua itu adalah api yang keluar dari Yaman yang menghalau manusia ke Padang Mahsyar"(Hadis Muslim).



p/s : Kiamat itu rahsia Allah. Allahualam. Renungkan.

k bye Salam.





17 comments