Hukum Minyak Wangi Tanpa Alkohol Ketika Solat

Salam. Sekadar berkongsi .


Soalan :
Seorang menyapu minyak wangi tanpa alkohol pada tangan, kemudian mengambil wuduk. Apakah solatnya sah sedangkan baunya masih ada pada tangan?

Jawapan:
Sekiranya wangian itu adalah jenis yang tidak menghalang air sampai ke anggota wuduk, wuduknya sah. Dia tidak perlu membasuh kesan wangian itu dahulu sebelum mengambil wuduk.

Tetapi sekiranya wangian itu jenis berminyak di sapu pada anggota wuduk seperti tangan, maka ia perlu dibersihkan dahulu sebelum mengambil wuduk.

Sekiranya wangian itu bukan pada bahagian anggota wuduk seperti pada leher, maka tidak mengapa mengambil wuduk tanpa membersihkan dahulu.


sumber : BUKU "Anda Bertanya USTAZ AZHAR IDRUS Menjawab Berkenaan Permasalahan Semasa."

8 comments