Salam. Sekadar berkongsi .
Soalan :
Apakah sempurna mandi wajib tanpa berwuduk?
Jawapan :
Mandi bererti mengangkat hadas besar yang ada pada seorang, sedangkan mengambil wuduk itu bererti mengangkat hadas kecil. Sesiapa berhadas besar, maka wajib mandi hadas supaya hadas besar itu terangkat daripadanya dan sunat dia mengambil wuduk.
Hukum mengambil wuduk baginya tidak wajib kerana apabila berniat mengangkat hadas besar ketika mandi itu, hadas kecilnya juga terangkat sama.
Hasilnya, seorang yang melakukan mandi wajib, tidak lagi perlu berwuduk bagi mengerjakan solat melainkan berlaku perkara yang membatalkan wuduk selepas mandi wajib itu.
sumber : BUKU "Anda Bertanya USTAZ AZHAR IDRUS Menjawab Berkenaan Permasalahan Semasa."
10 comments