Kelebihan Puasa Sunat 6 Bulan Syawal

Salam selasa ^___^

Hari raya dah pun berlalu.. Eh? berlalu dah ka? Bagi aku belum habis raya kot. Raya boleh je sebulan as long as still dalam bulan syawal. Bagi pendapat aku la.



For the next step is Puasa Enam di  bulan syawal. Woww ganjaran pun baik berlipat ganda.
Last year niat hati mo puasa enam tapi aku dahulukan dengan Ganti Puasa di bulan syawal. So tahun ni, InsyaAllah kalo xda aral melintang mo Puasa Sunat Enam Syawal.

Ganjarannya.
Ganjaran puasa sunat enam di bulan syawal ni sama seperti berpuasa selama setahun.

"Abu Ayyub al-Ansari ada meriwayatkan satu hadith daripada Rasulallah s.a.w. di dalam menerangkan tentang kelebihan puasa enam Syawal yang maksudnya “sesiapa yang berpuasa Ramadhan, kemudian diikutinya puasa enam hari Syawal samalah seperti dia berpuasa sepanjang tahun”

Selain itu, ganjarannya puasa enam sunat bulan syawal umpama sunat rawatib seseudah solat fardhu bagi menampung kekurangan puasa fardhu.

Niat Puasa Enam.
“sahaja aku puasa sunat bulan syawal kerana Allah swt “.

Lebih afdal dilakukan puasa ganti dahulu berbanding puasa sunat kerana puasa ganti adalah Wajib dan puasan sunat enam adalah Sunat.

Cara melakukannya.

Pendapat di dalam mazhab Syafie menyebut bahawa yang terlebih afdhal di dalam perlaksanaannya ialah sejurus selepas hari raya pertama dan dilakukan enam hari berturut-turut.

Ini tidak pula bermakna, jika seseorang itu melaksanakan secara terputus-putus (tidak berturutan) atau dilakukan pada pertengahan atau akhir Syawal dianggap satu kesalahan atau tidak mendapat pahala, malah semuanya diterima Allah dan dikira sebagai satu ibadah juga.

So jomm la reramai puasa sunat enam. Best kot.

P/S : Sharing is caring. Lebih kepada nasihat untuk diri sendiri :)

6 comments