Jatuh Cinta Dengan Teman Baik

Beruntungnya kita kalau ada seorang teman baik yang sentiasa berada disisi anda susah dan senang.. Anda berdua sering bertukar cerita, saling membantu, berkongsi masalah dan suka duka kehidupan. Salang menyokong satu sama lain, sepertimana seorang sahabat sentiasa memberi sokongan kepada sahabat.

Tetapi, tanpa anda sedari anda sudah jatuh cinta dengan teman baik anda sendiri. Tidak salah jatuh cinta dengan sahabat anda sekiranya dia masih solo.



Dilema : Persahabatan vs Percintaan
kebanyakkan individu yang jatuh cinta dengan sahabat baik mereka sukar meluahkan perasaan. Ini kerana mereka berpendapat tali persahabatan yang terbina sekian lama amat berharga dan merekakhuatir akan menjejaskan tali persahabatan.

Strategi
Jangan bertidak terburu-buru.Jika anda sukakan teman baik anda, mulakan dengan memberi sikit demi sedikit tanda agar boleh mencerna perubahan rasa hati. Dalam masa yang sama, risik perasaannya, lihat tindak balasnya.. Dari situ anda boleh lihat jika anda mempunyai peluang atau tidak.

Luahkan perasaan
memandangkan anda merupakan sahabat baik, sedikit sebanyak anda tentu mengenali dan memahami dirinya. Jangan luahkan perasaan dengan cara yang dia tidak suka. Cari masa yang sesuai. Lakukan dengan penuh ikhlas dan berhikmah Dia mungkin menerima atau menolak tetapi apa pun keputusannya, terima dengan hati terbuka.

p/s : Cinta adalah anugerah dari tuhan dan merupakan fitrah manusia. Ramai kot yang saya tengok sendiri yang  jatuh cinta dengan teman baik. Hehe ada yang berjaya, ada yang tak tapi alhamdulillah tak menjejaskan persahabatan. Saya pulak, tak akan jatuh cinta dengan teman baik sendiri sebab saya sangat sayangkan persahabatan saya :) 


20 comments