Cinta Jarak Jauh Boleh Bertahan Tak?

Pernah tak anda berjauhan dengan pasangan anda dalam tempoh masa yang lama ? Agak-agak dapat tak anda semua mempertahankan hubungan cinta yang bukan di depan mata? Sebenarnya cinta jarak jauh ni memang besar dugaannya. Betul tak? Pasangan-pasangan yang pernah mengalaminya tahu macam mana peritnya rasa rindu :)



Kepercayaan dan kesetiaan kunci kebahagian bagi pasangan jarak jauh. Bila anda rasa berjauhan dari sisi pasangan sedikit sebanyak boleh menimbulkan rasa cemburu terhadap pasangan. lebih-lebih lagi pasangan anda merupakan jenis yang terbuka, mudah bergaul dan sering bertemu orang ramai. Yang penting anda kena lah berfikiran positif. Cemburu tidka bertempat dan membuta tuli hanya akan merosakkan hubungan anda. Orang kata cemburu tandanya sayang. Betul tak? Tapi jangan keterlaluan. Letakkan rasa percaya pada pasangan anda.

Komunikasi adalah sangat penting. Serius benda ni penting untuk cinta yang jarak jauh tu.  Cari masa untuk kekal berhubung. Tak kira melalui apa ca sekali pun. Zaman sekarang kan semua boleh melalui internet contohnya Skype, Ym dan sebagainya. Kegagalan untuk berkomunikasi dengan baik menyebabkan ketiadaan kesefahaman yang menjadi punca kepada kebanyakkan masalah dalam hubungan, lebih-lebih cinta jarak jauh.

Cuba untuk berjumpa. Sekerap mana pun anda bergayut, gayut kak pokok tu haa, video chat 24jam, email tak putus-putus, anda berdua masih perlu berjumpa. Kata orang, untuk mengeratkan lagi perasaan anda. Semakin lama anda tidak berjumpa pasangan anda, ia berisiko sayang itu pudar semakin tinggi. Tapi kalau boleh, bukan sebelah pihak sahaja yang cuba untuk melawat, tapi berusahalah kedua-dua pihak untuk berjumpa secara bergilir-gilir. Dan bila berkesempatan untuk berjump, hargailah sepenuhnya masa bersama kerana bukan mudah pasangan jarak jauh untuk berjumpa.

P/s : bukan mudah tau untuk pertahankan jarak jauh ni. Pendapat peribadi saya pun, memang dah 3x gagal kot pasal cinta jarak jauh. Semuanya xleh tahan je. Tu yang rasa malas je nak cari yang jauh-jauh lagi :) Tapi jodoh kan rahsia Allah.. kita tak tahu. :)

Pesanan untuk diri saya sendiri :) saya sekadar berkongsi.

credit to : http://www.ayatayatcinta.net

35 comments