Salam Selasa :)
Hari ni mo berkongsi cara menahan marah. Maklumlah sifat amarah ini dari bisikan syaitan.. Apa yang perlu kita lakukan untuk mengawal sifat-sifat marah ini.
1. Duduk :
Mengikut kajian sekiranya anda dalam posisi berdiri berkemungkinan yang tinggi untuk anda lakukan kepada pasangan atau sesiapa sahaja adalah sesuatu yang memudaratkan mereka. Dalam posisi duduk pulak ia menghadkan pergerakan anda dan mengelakkan dari melakukan sesuatu yang keterlaluan..
2. Tenang :
Selepas duduk, berhenti sebentar.. Fikir, istighfar dan cuba selami masalah yang timbul.. Fahami konsep "masalah itu adalah untuk diselesaikan" bukan untuk diperbesarkan.
3. Berwuduk :
Bila berkesempatan ambil sedikit masa berwuduk supaya dapat mengurangkan atau memadam api kemarahan dalam hati anda, InsyaAllah ia sangat berkesan.
4. Bincang dengan hikmah
Jadilah seorang pemimpin tidak kira untuk lelaki atau perempuan supaya lebih dihormati oleh pasangan. Percayalah setiap dugaan yang datang ada hikmahnya.. Mungkin tidak akan merasakan hikmah itu sekarang tetapi kemungkinan akan merasakannya 5 tahun akan datang.. Mana la tahu kan? Dan pasti Allah tidak akan menguji sebarang ujian yang tak mampu dipikul oleh hambanya..
P/s : Hanya perkongsian untuk anda dan jugak untuk saya sendiri :)
16 comments