1. Luahan Menyesal
"maafkan saya". Ketepikan rasa ego , rasa dendam, rasa degil yang mana memang dah tersemat dalam diri u all. Hehe. Ucap kata maaf dengan jujur dan ikhlas tanda anda benar2 meminta maaf. Si dia mungkin akan merasa puas hati dengan kemaafan yang diluahkan dari anda.
2. Mengaku Bertanggungjawab
"saya yang bersalah". Kadang-kadang mengaku salah ni baik dan boleh menjernihkan keadaan walaupun bukan salah kita pun.. Tapi kalau dah buat salah, mengaku je la yang u all bersalah dalam hal ni kerena memang silap korang la terlanjur membuat tuduhan melulu.
3. Pertanyaan Maaf.
"apa yang boleh saya lakukan supaya awak memafkan saya?" . Bila dah puas pujuk tetapi si dia berkeras jugak dengan diri yang merajuk atau marah korang, mungkin dengan bertanya apa yang perlu korang buat akan buat dia sedikit bersuara.
4. Janji Taubat
"saya janji takkan mengulangi kesilapan ni dan membuatkan awak marah".. Berjanji takkan mengulanginya pun mahupun bertaubat bermakna korang perlu berubah kepada keadaan yang perlu. Berusaha untuk menepati janji bukan hanya janji bila hendak memujuk sahaja.
5. Minta Maaf
"bolehkan awak memaafkan saya?".. bersabar dan merasa rendah diri apabila memohon maaf. Si dia mungkin memerlukan masa untuk menerima maaf korang. Mestipun maaf tidak diterima sekurang2nya si dia tahu korang sedang meminta maaf.
6. Berterus Terang
" maafkan saya, saya tak sengaja". Tanpa menyedari korang telah menyentuh sesuatu perkara yang sensitif. Lebih baik cepat2 minta maaf dengan menyatakan sekali yang korang tak sengaja melakukannya. Tak semua boleh terima setiap teguran on the spot.
7. Pilih Masa
Saat si dia mempunya masalah dengan yang lain, mana mungkin perlu menambah masalah si dia. Ada baiknya memilih masa yang sesuai untuk meminta maaf.
8. Menulis
Jika korang berdepan dengan kesukaran untuk meminta maaf secara berdepan, atau malu, masa ni la meluah secara keikhlasan menerusi penulisan. Meminta maaf secara penulisan bukan bermakna anda x ikhlas meminta maaf tapi mungkin ada sedikit kesukaran untuk berdepan.
9. Tapi..
Minta maaf bagi pihak diri sendiri dan yang paling penting, elak kewujudan penggunaan ayat "tapi". Misalnya, "saya minta maaf tapi awak yang mulakan dulu".. ayat "tapi" ni akan mengundang perbalahan bukan kemaafan.
10. Rakaman
Mahu lebih ikhlas dan sedikit dramatik dan romantik? hehe. Apa kata anda rakam suara untuk meminta maaf. Pilih melalui sama ada melalui fon, CD atau emel. Ataupun berikan rakaman nyanyian yang liriknya yang mampunyai maksud anda sedang meminta maaf.Apa2 je lah yang penting ia jelas menunjukkan anda bersungguh-sungguh meminta maaf. Tak semua orang mampu melakukannya.
11. Penjelasan
Sekadar meminta maaf tanpa memberi penjelasan membuktikan korang dalam keadaan terpaksa meminta maaf mahupun takde perasaan ikhlas nak minta maaf. Jika anda beri penjelasan panjang lebar sekalipun sekurang2nya si dia faham perkara sebenar.
12. Hadiah.
Bukan rasuah tetapi sebagai tanda kemaafan kerana telah mengguris perasaannya. Tak perlu hadiah mahal, cukup menghadiahkan sesuatu yang sweet terutama kesukaannya.
13. Bersabar
Sekiranya kemaafan korang tak diterima, ucapkan terima kasih kepadanya kerana sudi mendengar. Dan kemudian terus memint maaf dan beredar. Katakan kepada si dia yang anda tau si dia masih bersedih ataupun masih sedang dalam keadaan marah. Katakan juga kepada si dia jika si dia berubah fikiran, anda sanggup menunggu panggilan dari si dia.
14. Jangan Desak
Memang benar korang kesuntukan masa kerana hal2 yang terdesak, so anda jangan mendesak si dia mendengar dan meminta maaf secara langsung darinya. Dah tentu si dia memerlukan masa untuk menerima korang semula. Jika anda memaksa, automatik anda termasuk dalam musuh si dia.
15. Rancangan
Kadang kala kita hendaklah kreatif untuk melembutkan hati si dia. Buat satu kejutan kepadanya supaya si dia merasa anda masih menghargainya dan diperlukan untuk seorang sahabat. Tak salah merancang sesuatu yang diluar jangka. yang penting ikhlas.
P/s : sekadar mengemukakan sedikit pendapat dari pengalaman sendiri. Tips hanya sekadar berkongsi dan pasti untuk pengajaran untuk diri sendiri.
2 comments