Kisah-Kisah Rabiatul Adawiyah (Rabiah Lahir & Masa Kanak2Nya) Part 1


Jika seseorang bertanya “Mengapakah engkau menyamakan Rabi’ah dengan kaum lelaki?” Maka jawabku adalah bahawa nabi sendiri pernah berkata “Sesungguhnya Allah tidak memandang rupa kamu, dan yang menjadi masalah bukanlah bentuk, tetapi niat yang seperti yang dikatakan Nabi :” Manusia-manusia akan dimuliakan sesuai dengan niat di dalam hati mereka.” Selanjutnya apabila kita boleh menerima dua pertiga ajaran agama daripada Aisyah, maka sudah tentu kita boleh pula menerima petunjuk-petunjuk agama dari pelayan peribadinya itu. Apabila seorang perempuan berubah menjadi ‘seorang lelaki’ pada jalan Allah, maka dia adalah sama dengan kaum lelaki dan kita tidak dapat menyebutnya sebagai seorang perempuan lagi.

Pada malam Rabi’ah dilahirkan ke dunia, tidak ada satu barang pun yang berharga kerana ayahnya seorang yang sangat miskin. Ayahnya tidak mempunyai minyak barang setitis pun untuk membersihkan pusat puterinya itu. Mereka tidak mempunyai lampu dan tidak mempunyai kain untu menyelimuti Rabi’ah. Ayahnya telah memperoleh tiga orang puteri dan Rabi’ah adalah puterinya yang keempat. Itulah sebabnya mengapa dia dinamakan Rabi’ah.

"Pergilah kepada jiran kita dan mintalah sedikit minyak untuk menyalakan lampu," isterinya berkata.

Tetapi si suami telah bersumpah bahawa dia tidak akan meminta sesuatu jua pun dari manusia lain. Maka dia berpura-pura pergi menyentuhkan tangannya ke pintu rumah tetangga tersebut lalu kembali lagi ke rumahnya.

"mereka tidak mahu membukakan pintu," dia memberitahu kepada isterinya.

Isterinya yang malang menangis sedih. Dalam keadaan yang serba menyedihkan itu, si suami hanya dapat menundukkan kepala ke atas lutut dan terlena. Di dalam tidurnya dia bermimpi melihat Nabi.

Nabi memujuknya, "jangan engkau bersedih, kerana bayi perempuan yang baru dilahirkan itu adalah ratu wanita dan akan menjadi penegah bagi 70 ribu orang di antara kaumku. Esok, pergilah engkau menemui ‘Isa az-Zadan, gabenor Basrah. Di atas sehelai kertas, tulislah kata-kata seperti ini ‘Setiap malam engkau mengirinkan selawat seratus kali kepadaku, dan setiap malam jumaat empat ratus kali. Semalam adalah malam jumaat, dan engkau lupa melakukannya. Sebagai penebus kelalaianmu itu, berikanlah kepada orang ini empat ratus dinar yang telah engkau dapati secara halal.”

Ketika terjaga daripada tidur, ayah Rabi’ah menangis. Dia pun bangun dan menulis seperti yang telah dipesankan oleh Nabi kepadanya dan mengirimkan kepada Gabenor melalui pengurus rumahtangga di istana.

"Berikanlah dua ribu dinar kepada orang-orang miskin,” gabenor memberikan perintah setelah membaca surat tersebut. “Sebagai tanda syukur kerana Nabi masih ingat kepadaku. Kemudian berikan empat ratus dinar kepada syeikh itu dan katakan padanya “aku harap engkau datang kepadaku sehingga aku dapat melihat wajahmu. Namun tidaklah elok bagi seseorang seperti kamu untuk datang menghadapku. Lebih baik seandainya akulah yang datang kepadamu. Walaupun demikian, demi Allah, aku bermohon kepadamu, apapun yang engkau perlukan, katakanlah kepadaku.”

Ayah Rabi’ah menerima wang emas tersebut dan membeli keperluannya. Ketika Rabi’ah semakin membesar, sedang ayah dan bondanya telah meninggal dunia, bencana kelaparan melanda Kota Basrah, dan dia terpisah daripada kakak-kakaknya. Suatu hari, ketika Rabi’ah keluar rumah, dia ditangkap oleh seorang penjahat dan menjualnya dengan harga 6dirham. Orang yang membeli dirinya, menyuruh Rabi’ah melakukan kerja-kerja yang berat.

Pada suatu hari, ketika dia berjalan-jalan, seseorang yang tidak dikenali datang menghampirinya. Rabi’ah melarikan diri, tiba-tiba dia jatuh tergelincir sehingga tangannya terkehel. Rabi’ah menangis sambil menghantuk-hantukkan kepalanya ke tanah :”Ya Allah, aku adalah seorang asing di negeri ini, tidak mempunyai ayah dan bonda, seorang tawanan yang tidak berdaya, tanganku cedera. Namun, semua itu tidak membuatku bersedih hati. Satu-satunya yang kuharapkan adalah dapat memenuhi kehendakMu dan mengetahui apakah Engkau berkenan atau tidak.”

"Rabi’ah, janganlah engkau berduka. Di kemudian hari engkau akan dimuliakan sehingakan para malaikat iri kepadamu," sebuah suara berkata kepadanya.

Rabi’ah kembali ke rumah tuannya. Di siang hari dia terus berpuasa dan mengabdikan dirinya kepada Allah, sedang di malam hari, dia berdoa kepada Allah sambil terus berdiri sepanjang malam. Pada suatu malam, tuannya terjaga dari tidur, apabila dia lalu di tepi tingkap dan terlihat olehnya Rabi’ah sedang bersujud dan berdoa kepada Allah.

"Ya Allah, Engkau tahu bahawa hasrat hatiku adalah untuk dapat mematuhi perintahMu dan mengabdikan diri kepadaMu. Jika aku dapat mengubah nasibku ini, nescaya aku tidak akan berehat barang sebentar pun dari mengabdikan diri kepadaMu. Tetapi Engkau telah menyerahkan diriku ini dibawah kekuasaan seorang hambaMu,” demikianlah kata-kata Rabi’ah di dalam doanya.

Dengan matanya sendiri, majikannya menyaksikan betapa sebuah lampu tergantung tanpa tali di atas kepala Rabi’ah sedang cahayanya menerangi seluruh rumah. Menyaksikan peristiwa ini, dia berasa takut lalu pergi ke bilik tidurnya dan duduk termenung sehingga subuh. Ketika hari telah siang, dia memanggil rabi’ah, bersikap lembut kepadanya dan membebaskannya pergi..

"Izinkan aku pergi,” Rabi’ah berkata. Rabi’ah lalu meninggalkan rumah tuannya menuju ke padang pasir untuk mengadakan perjalanan menuju ke sebuah pertapaan untuknya mengabdikan diri kepada Allah.

Kemudian, dia berniat untuk menunaikan haji. Maka dia pun berangkat menempuh padang pasir kembali. Barang-barang miliknya diletakkan di atas punggung keldai. Tetapi apabila sampai di tengah-tengah padang pasir, keldai itu mati.

"Biarlah kami yang membawa barang-barangmu,” lelaki-lelaki di dalam rombongan itu menawarkan jasa mereka.

"Tidak! Teruskanlah perjalanan kalian,” jawab Rabi’ah. “Bukan tujuanku untuk menjadi beban kalian.”

Rombongan itu meneruskan perjalanan dan meninggalkan Rabi’ah seorang diri. “Ya Allah,” rabi’ah berseru sambil menadahkan tangannya. “Demikianlah caranya raja-raja memperlakukan seorang wanita yang tidak berdaya di tempat yang masih asing baginya? Engkau telah memanggilku ke rumahMu, tetapi di tengah perjalanan, Engkau membunuh keldaiku dan meninggalkanku sebatang kara di tengah padang pasir ini.”

Belum lagi Rabi’ah selesai dengan kata-katanya, tanpa diduga keldai it uterus berdiri. Rabi’ah meletakkan barang-barangnya kembali ke atas punggung keldai dan meneruskan perjalanannya. (Tokoh yang meriwayatkan kisah ini mengatakan bahawa tidak beberapa lama setelah peristiwa itu, dia melihat keldai kecil tersebut sedang dijual di pasar).

Beberapa hari lamanya Rabi’ah meneruskan perjalanannya menempuh padang pasir, sebelum dia berhenti, dia menyeru kepada allah “Ya Allah, aku sudah letih. Ke arah manakah yang harus kutuju? Aku ini hanyalah segumpal tanah sedangkan rumahMu dibuat dari batu. Ya Allah, aku bermohonn kepadaMu..tunjukkanlah diriMu.”

Allah berkata ke dalam sanubari rabi’ah, “ Rabi’ah, engkau sedang berada di atas sumber lapan belas ribu dunia. Tidakkah engkau ingat betapa Musa telah bermohon untuk melihat wajahKu dan gunung-gunung terpecah-pecah menjadi empat puluh keping. Kerana itu merasa cukuplah engkau dengan namaKu sahaja!”

sumber dari buku "KISAH PARA WALI"

.....bersambung.....

0 comments