Benar kata pepatah
"mudah menerima mudah juga ditinggalkan"
yes. mudah menerima cinta lelaki
mudah juga ditinggalkan.
cinta jarak jauh memang banyak dugaan
namun tidak semuanya bertahan
kini aku menelan semua dugaan keseorangan
lelaki..
jika kau hadir untuk menyakitkan
maka jauhilah aku
jauhilah cinta ku
kerana aku tidak mahu cinta palsu itu
cinta memang indah pada mulanya.
memang sweet kalah romeo and juliet
tapi
kini pudar ditelan masa
aku memang dikatakan sempurna pada mulanya
namun kini, semuanya hanya tinggal kenangan
kehadiran tidak dihargai
kekurangan tidak dilengkapi
kasih dan cinta tidak dibalasi
inikah cinta mu duhai lelaki?
tiada keserasian
tiada kepercayaan
saling tidak melengkapi
adakah itu alasan?
apa yang hendak ku katakan?
Istikharah memang kebenaran
maka ku terima dengan senyuman
walau banyaknya kepahitan
kini aku sendiri
telan pelbagai dugaan
doakan kebahgian
demi kesejahteraan
Maaf
maaf kerana belum dapat memaafkan
tindakan yang kau lakukan
maka jangan pernah kau bangkitkan
semua kenangan-kenangan
maaf
kerana terpaksa restart memory.
aku tau kau juga begitu.
maka.
tamatlah segala perjuangan
tamatlah segala penantian
tamatlah segala kesetian
tamatlah segala kesabaran
ku mohon
ku rayu
jangan pernah kembali
kerana
hanya kesakitan yang kau beri
bukan kebahagian
Doa ku padamu duhai lelaki,
hargai setiap wanita disampingmu
kau akan menyesal jika kehilangan
Assalamualaikum..
2 comments