Al kisah di kedai makan ...
BOY : Dik! kira dik...
DIK : Makan apa bang?
BOY : Nasi goreng biasa dengan ais kosong
GIRL : Saya punya nasi goreng thai dengan fresh orange.
DIK : Sekali ka bang?
BOY : Tak tak, asing-asing.
GIRL : Awk ni tak gentlemen langsung...
BOY : Laaa bila masa saya kata nak belanja awak makan?
GIRL : Memang la awak x cakap. tapi boyfriend kan kena belanja girlfriend dia.
BOY : Siapa cakap kena buat mcm tu?
GIRL : Tak ada orang cakap tapi dah itu kan kebiasaan. Lumrah. Semua couple macam tu la.
BOY : Owh... Kalau mcm tu saya ni luar biasa sikit la. Awak bukan tanggungjawab saya lagi. Habiskan duit untuk awak beribu-ribu pun belum tentu awak akan kahwin dengan saya lagi.
GIRL : .......
## Pendapat peribadi aku tentang hal di atas :) ##
Aku sokong dengan lelaki tu kan.. setakat gf ja kan, keluar duit beribu-ribu pun belum tentu perempuan tu akan jadi wife dia..
mengikut pemerhatian aku tentang isu ni, memang kebanyakkan lelaki akan membayar bila keluar makan, atau keluar shopping atau beli itu dan ini, semuaa duit lelaki ..
Yalaaa bak kata perempuan, romantik la sangatkan boyfriend belanja itu dan ini kan
tapi kena pandai fikir jugak lah ..
Aku pun pernah jugak bila keluar, lelaki yang bayar .. tapi aku tengok dulu lah jenis orang tu
kalau dia kerja , tidak kisah la..tapi jangan selalu..
tapi kalau boyfriend masih study and masi dibawah tanggungjawab ibubapa?
Aku kalau bab-bab macam ni, aku pikir sikitt ..
Ya laaa kadang-kadang lelaki konon tidak kisah la, sanggup berabis dengan makwe tapi akhirnya diri sendiri kering. Argghh itu buat masalah sendiri tu..
kawan aku ada jugak amalkan bayar asing-asing ni
reload topup sendiri.. keluar makan bayar asing-asing
aku pun pernah jugak suatu ketika dahulu amalkan konsep macam ni
sebab kena faham masing-masing student kan
kawan aku ni pun, 2-2 pun student jugak..
even selalu keluar makan kan, maklumlah 1 campus,
diorang makan bayar asing-asing
kadang-kadang perempuan belanja lelaki, ada masa lelaki belanja perempuan
bukannya kedekut tapi masing-masing saling memahami situasi masing-masing
kalau kadang-kadang belanja makan tu, x kisah la.
Tapi??
kalau hari-hari ?? Mak aiiii pokai la boyfriend kan.. x pasal2 makan nasi+telur masin
tidak kesian ka?
p/s : so nasihat aku , kalau sayang boyfriend berusahalah mengurangkan bebannya.. bukan menambah beban
4 comments