Ombak Rindu terbaikkkk wok.. Dapat pegang tangan Aaron Aziz!!

Akhirnya setelah melepasi pelbagai halangan
tersampai sudah hajat dihati untuk tengok Filem ni
Dari hari first filem ni ditayangkan lagi suda ada niat di hati mo tengok 
tapi
ada ja halangan.. ada ja aral melintang

Ok kemarin (04.12.11) sampai suda hajat
seperti biasa aku bersama-sama dengan teman baikku yang rapat dari sekolah rendah
hehe :)

ok pasal filem Ombak Rindu ni,
memang "Full House" bila kami sampai lebih kurang jam 1lebih..
Last-last jam4:30 pm jugak yang dapat kami masuk
ituu pun kira hampir-hampir full house sebab pun dapat tempat duduk di depan
Apa bole buat lah.. Yang penting dapat tengok

Haaaa ini tiket kami :)


ok harga tiket utk Sabah, RM7 sahaja..
bukan macam Encik Boyfriend ku tersayang, tengok ombak rindu harga tiket di Perak, RM13
Hahahaha :D cekik darah ka apa tu ??


Lepas beli tiket, aku tersempak dengan Maya Karin, Aaron Aziz n Lisa Surihani
so aku mintak la bgambar dengan Aaron aziz..
Siap aku pegang tangan dia :)
Rasa dunia penuh dengan.........................??
"ketawa terbahak-bahak depan org ramai"
sebab......
haaa tengok ni aku punya angan-angan


Hahahaha :D ok tinggi sungguh engkau Aaron Aziz !
macam tinggi aku dengan Encik Boyfriend ;p
aku kan pendek gila. Macam budak darjah 4 ..

ok jom kita baca sipnosis filem Ombak Rindu 

Sinopsis Filem Ombak Rindu

Menjadi anak yatim piatu, dilacurkan oleh bapa saudara sendiri serta berhadapan dengan pelbagai dugaan dalam kehidupan dan cinta. Itulah antara liku-liku yang terpaksa diharungi oleh insan bernama Izzah lakonan aktres jelita, Maya Karin dalam filem terbarunya, Ombak Rindu. Izzah (Maya Karin), gadis yatim piatu yang kematian ibu dan ayah akibat kemalangan jalan raya. Justeru itu, ayah saudaranya, Taha, mengambil tugas memelihara Izzah.  Pada masa sama, Pak Cik Taha banyak berhutang. Disebabkan kesempitan wang dia sanggup menjual Izzah kepada seorang tauke kelab malam.

Di situlah dia berkenalan dengan seorang pelanggan bernama Hariz (Aaron Aziz). Hariz sanggup ‘membeli’ Izzah dengan harga yang mahal dari tauke kelab itu dan mahu membawa dia keluar dari neraka jahanam itu. Atas permintaan Izzah, akhirnya Hariz berkahwin dengan Izzah, tetapi dengan syarat semuanya mesti dirahsiakan. Kehadiran Mila Amylia, anak Tan Sri Rashdan, iaitu model dan pelakon terkenal tanahair menggugat cinta Izzah yang mula berputik kepada Hariz. Dapatkah Izzah menerima Mila Amylia sebagai madunya? Bahagiakah rumah tangga yang dibina di atas kehadiran orang lain? Bagaimanakah tindakan 
Datuk Sufiah setelah mengetahui cerita sebenarnya?


Ok pendapat aku tentang filem ni :
*ceh macam artis!*

mula-mula tengok ni memang ada scene menggelikan hati
tapi bila part-part sedih,
air mata aku memang mudah mengalir
aku memang jenis cepat touching
walau ganas tapi hati lembut macam kapas oo..

elehh dulu aku selalu menangis tengok cerita hindustan
sedangkan baca novel ja, aku boleh nangis, apatah lagi tengok filem
so memang touching habis la tengok filem ni
bukan setakat aku, satu panggung tarik-tarik hingus
itu pun semua orang sudah control tapi terkeluar jugak

hmmm
yang paling lucu,
bila keluar panggung, semua keluar tunduk-tunduk
maklumlah di luar ramai orang .. semua tengok mata kami..
weayy gila malu oo ..
Hahahaha :D tapi bikin ketawa jugak ..

Filem tadi memang terbaik..
dengan lagu yang menyentuh hati
adooohaiiii.. TERBAIK !
aku tabik dengan penulis novel ni..
patutlah novel ni laris kan

Apa pun tahniah dari aku untuk semua yang terlibat menjayakan filem ni
Anugerah filem terbaik next year memang aku undi filem ni
terbaik wokkk !

2 comments