Teringat Arwah Mama.. Isk..Isk..Isk

Teringat Arwah Mama.. Isk..Isk..Isk:
Hari ni mood aku tiba-tiba sedih..
Ya laaa.. tetiba teringat my late mom yang telah meninggalkan dunia ini, meninggalkan bapak aku, meninggalkan anak-anaknya 9 orang.. Sop..Sop.. sedih oi..
Mama aku dah lama meninggal.. bukan la lama sampai bertahun-tahun tapi rasanya suda mo masuk 6 tahun.
Masa arwah mama aku meninggal tu masa aku Form 3..
22 Jun 2005.

mama aku lama suda sakit..Kesian kan..
dengar-dengar cerita lepas lahirkan adik bongsu aku pada tahun 1994,
mama aku suda mula saki-sakit
haaa masa tu aku berumur 4 tahun la.

Masa sakit teruk tu masa Form 3 tu lah
sehari sebelum mama aku meninggal dia memang terlantar sakit.
kesian aku tengok tapi aku bukan pego tolong..
Ya Allah banyaknya dosa aku pada mama aku.
kalaulah aku boleh undurkan masa.

hari tu.. Pada hari mama aku meninggal, aku tengah berbincang dengan bapa aku pasal beg pakaian apa yg aku mo guna untuk Kem Pengakap yang sepatutnya aku hadiri pada keesokkan harinya.
masa tu aku baru balik dari sekolah, macam biasa bapa aku yang ambil aku.
sampai ja rumah, bila aku buka pintu,
aku nampak mama aku tengah tercenggang di kerusi..
mulut mama aku tbuka..
masa tu aku terkejut dan terus menangis..
di depan mama aku tu, ada kakak aku yang tengah duduk diam perhatikan mama aku.
dia tengok aku nangis baru dia nangis..
rupanya, kakak aku tengah perhati mama aku, dia ingat mama aku tengah pensan..

"mama...........!!!" sambil nangis..
"pa....mama pa............ " aku panggil bapa aku..

bapa aku naik rumah dan check mama aku.. Bapa aku angkat mama aku bawa p atas katil then dia suru panggil Jiran sebelah rumah, kawan mama aku juga.
makcik tu datang.. dia check mama aku dan bagitau kami yang mama aku sudameninggal..

Innalillah..
sedih satu keluarga masa tu.. perancangan untuk Kem tu terpaksa dibatalkan.
Mama aku kena bawa p Kampung tempat tinggal asalnya, Kg Talon Bongawan.
Dimandikan, disembahyangkan dan dikuburkan ditempat asalnya
masa pengkebumian tu malam. nda ingat jam berapa.. hujan lagi.
tapi Alhamdulillah ia berjalan dengan lancar..

Kakak aku ada cerita,
sebelum mama aku meninggal tu, dia ada masak bubur.. tapi bubur tu tumpah oleh kucing..
so dia masak lagi bubur tapi hangus..
Adakah itu tanda-tanda?
Lepas tu, kakak aku ada tercium bau harum dari bilik mama aku.
Adakah itu tanda-tanda mama aku akan masu Syurga?
Allahualam..

Aku harap mama aku ditempatkan di tempat orang-orang beriman.
Sepanjang aku hidup, aku kenal mama aku sebagai seorang mama yang garang juga la.
suka cubit-cubit aku masa kecik du;u tapi sekarang aku nda kisah lah sebab mama aku tengah mengajar anak dia kan..
mama aku 5 waktu. walau sakit-sakit pun sembahyang juga.
selalu datang surau.. dia selalu bawa aku dan adik-adik aku masa kami kecik-kecik dulu..

Ya Allah baru aku tahu banyaknya dosa aku pada mama aku.
Sebelum mama aku dikebumikan tu, kami sekeluarga ada cium dahi mama aku.
sedih aku masa tu dan meminta maaf dalam hati..
rasanya mama aku suda maafkan kami ka ah??
Ya Allah..!! aku banyak dosa padanya..
Andai aku boleh undurkan masa..
pasti aku buat baik dengan mama aku..
sekarang ni penyesalan suda tida gunanya lagi..
hanya aku dapat titipkan doa aku setiap kali aku solat dan sedekahkah Surah Yassin pada setiap hari Khamis.
Semoga doakan aku sampai pada mama aku..

Tanda Mama tiadalah aku dimuka bumi ini..
Isk..Isk..Isk..
Sedih..!!

Semoga mama aku ditempatkan dengan orang-orang yang beriman.
Al-fatihah

0 comments