Resepi Biskut Cerelac:
2 cawan mentega/marjerin
1 cawan gula kastor
1 camt vanila
3 cawan tepung gandum
1 cawan Cerelac
1 cawan Nestum
1 cawan gajus bakar, dicincang
2-3 biji kuning telur, untuk sapu
Pukul mentega, gula dan vanila hingga sebati. Masukkan semua bahan lain
(kecuali kuning telur), gaul rata-rata. Sudukan doh atas kertas kalis minyak,
bungkus dengan kertas kalis minyak (lebar anggaran 2cm).
Simpan di dalam peti sejuk semalaman. Buangkan pembalut,
potong setebal 6 mm. Atur atas tin pembakar (jangan lengser), jarak 4cm.
Sapu kuning telur dan bakar pada suhu 180 C selama 15-17min atau hingga masak.
0 comments