3 Hubungan Membawa Kegagalan

3 Hubungan Membawa Kegagalan: 1. Hubungan yang dimulakan dari bertepuk sebelah tangan

Bukan semua cinta yang bermula dari suka sama suka. Ada yang dimulai dengan lelaki yang tergilagilakan seorang gadis dan ada juga yang dimulakan dengan gadis yang tergila-gilakan seorang lelaki. Telefon lebih lima kali sehari, sanggup berhabisan membelikan hadiah dan pelbagai cara lagi dilakukan untuk meraih perhatian. Tidak salah melakukan semua itu jika ia berjalan dua arah. Apa yang menjadi masalah apabila ia hanya berlaku pada satu pihak sahaja. Akibatnya hubungan ini berkembang menjadi tidak sihat kerana satu pihak mencintai dengan kadar yang lebih tinggi dan tidak seimbang. Padahal dalam hubungan yang sihat, perlu ada persamaan. Bukan itu sahaja, hubungan yang bermula dari bertepuk sebelah tangan ini juga sering diambil kesempatan. Bererti pihak yang merasa sebagai ‘objek cinta’ akan mengambil keuntungan dan memanfaatkan subjeknya. Hubungan ini boleh juga berlaku atas dasar kasihan yang kesannya jelas tidak baik di masa hadapan.

2.Hubungan yang dimulakan dalam keadaan emosi yang masih terluka akibat patah hati

Ada sesetengah orang yang akan cepat-cepat mencari pengganti sebaik sahaja putus cinta dan patah hati. Tidak pasti sama ada ia bertujuan untuk mengalihkan perhatian dari mengingati orang yang mengecewakannya atau pun mahu membuang segala kesedihan ataupun mungkin juga ingin balas dendam. Semuanya boleh berlaku tanpa disedari. Perlu diingatkan juga, orang yang kecewa ini mudah terbawa-bawa pengalaman pahitnya di masa lalu. Oleh itu, sebaiknya jangan memaksa diri untuk membina hubungan yang serius dengan orang yang baru patah hati. Kalau memang hati sudah tertambat kepadanya, sebaiknya tunggulah sehingga dia benar-benar bersedia untuk kembali bercinta dan benar-benar ikhlas untuk menghargai cinta. Sekiranya kamu lihat si dia masih ragu-ragu ataupun keliru tentang cinta jalan paling baik adalah menjauhkan diri dari menyimpan sebarang perasaan padanya sekiranya kamu tidak mahu kecewa.

3. Hubungan yang bermula dengan cinta tiga segi

Kini, ramai yang terjerat dengan masalah yang satu ini. Jatuh cinta dengan seseorang yang sudah pun punya pasangan hidup. Kononnya demi cinta sanggup dimadukan. Padahal permainan ini sudah jelas berbahaya dan sangat merugikan serta benar-benar salah! Di dalamnya, akan terdapat luka dan kepahitan, pembohongan, dan pengkhianatan. Orang yang berani terlibat dengan cinta tiga segi ini kebiasaannya akan mengulangi perbuatannya terhadap pasangan barunya. Jadi jangan sangka kamu menang apabila dapat menawan hati si dia. Tidak mustahil si dia akan tinggalkan kamu seperti mana dia tinggalkan kekasih atau pasangannya yang terdahulu. Oleh itu, berhentilah bermain api dan carilah pasangan yang masih single dan available!

0 comments